Home » All Post, Headlines, SAMM

Mohon Pertolongan Dr. M (Kes 1MDB) Umpama Minta Tolong Lanun Selesai Kes Curi

Submitted by on April 6, 2015 – 2:10 PMNo Comment

mahathir007

Kenyataan Media 3 April

Mohon Pertolongan Dr. M (Kes 1MDB) Umpama Minta Tolong Lanun Selesai Kes Curi

1. Saya dengan ini tidak boleh menyembunyikan rasa terkejut dengan kenyataan seorang ahli parlimen PR beberapa hari lepas yang secara terbuka menyatakan untuk memohon pertolongan Dr.M dlm menghadapi isu 1MDB

2. Akui isu 1MDB merupakan isu serius yg libatkan bukan sedikit wang rakyat namun utk meminta tlg Dr.M yg menjadi punca rosak sistem negara dan menjadi pengasas trend penyelewengan besar negara ialah seperti meminta lanun untuk selesaikan kes curi.

3. Setuju, isu 1MDB perlu perlibatan semua dlm membongkar, mencari malah mengheret pesalah ke muka pengadilan. Wang Rakyat perlu dikembalikan. Namun Dr.M bukanlah orgnya krn dia sendiri terlibat dlm byk kehilangan wang negara yg tidak terjawab :

– skandal forex awal 90an : RM30b

– skandal perwaja : RM 10b

– skandal Bank Bumi : RM 10b

– skandal maminco -makuwasa : RM 1.6b

– Dr.M sendiri telah gunakan bukan sikit tabungan negara khususnya Petronas dlm “bailout” perbagai sykt rapat dgnya. 1998 dia “bailout” Mirzan (anaknya) Konsortium Perkapalan lebih RM226j

4. Itu belum sebut bgmana negara kehilangan tokoh penting dr persada politik mahupun perkhidmatan awam. Tun Musa, Tun Salleh Abas, TS Ani Arop, Dr K.S Jomo (sekadar menyebut bbrp nama) antara tokoh yg baik dlm bidang masing2 masing hilang krn menjadi mangsa buli Dr.M. Malah tak keterlaluan kecelaruan politik negara sampai hari ini apabila Dr. M memecat Anwar Ibrahim dengan fitnah,kotor dan kejam. Negara mengalami kerugian sumber manusia yg terbaik hanya krn nafsu Dr.M.

5. Amat tidak faham bgmana ahli Parlimen PR tersebut yg seharusnya kini memberikan tumpuan yg tinggi kepada Anwar yg terpenjara boleh melupakan dosa Dr.M ini. Anwar dipecat 98 krn pertahan kepentingan RM rakyat dr dirompak Dr.M. Bukan saja seolah melupakan malah minta tlg Dr.M seorang dia tokoh suci lagi menyucikan.

6. Ingat Dr.M yg mengangkat Abdullah krn memikirkan Abdullah seorang yg lembab dan senang diarah. Namun apabila Abdullah dikawal menantunya yg tidak kurang rakus dan tidak ikut telunjuknya maka Dr.M menyeret rakyat utk singkirkan Abdullah. Adakah ada perubahan untuk rakyat selepas itu ?

7. Rakyat rata – rata menolak Najib Razak pada ketika ia dinamakan sebagai PM. Namun Dr.M lah yg paling depan mengajukan nama Najib. Dengan harapan Najib mengikut telunjuknya. Apabila Najib tidak mengikut telunjuknya dia sekali lagi marah – marah. Cuma dlm berdepan Najib, Dr.M kedengaran bbrp kali marah dan kemudian diam. Ini hanya krn dia bising bila tak dpt sesuatu yg dikehendakinya dan senyap selepas nafsunya ditunaikan. Dan kali ini bising semula krn adalah yg dikehendakinya tak tertunai. Soalnya sampai bila politik Malaysia hanya berkisar semata untuk memuaskan nafsu Dr.M semata.

8. Mungkin ketika kita sama menjatuhkan Abdullah, MP PR tersebut sibuk bekerja di syarikat korporat besar. Tp untuk pengetahuan kamu ramai pernah menjadi alat Dr.M menjatuhkan Abdullah dan menggantikannya dengan Najib yg memang sejak perlantikanya sudah penuh kontroversi. Dr.M lah yg beria ia meletakkan Najib yg penuh kontroversi tanpa mendengar bantahan rakyat ketika itu.

adakah kita sekali lagi mahu menjadi alat atau barua Dr.M utk menukar PM mengikut selera nya ? Apa ertinya pd rakyat ?

9. Ya isu 1MDB penting krn bukan sikit wang rakyat hilang. Ia harus dibangkitkan ttp saya jg mencabar ahli parlimen (PR) jg harus membawa isu kehilangan byk wang negara dibawah Dr.M yg terus disenyapkan. Kecelaruan ekonomi hari ini sedikit sebanyak krn negara terpaksa menanggung biawak hidup ciptaan Dr.M. Bukan sedikit subsidi yg terpaksa disalurkan kpd sykt sykt IPP yg dimiliki kawan – kawan Dr.M. Isu Dr.M ini seharusnya dibawa oleh ahli parlimen Bn krn Dr.M menyerang bos mereka (Najib) ttp spt biasa ahli parlimen Bn ini kebanyakanya penakut dan main selamat.

10. Saya dan kawan – kawan dari perbagai peringkat seluruh negara mahu ahli parlimen tersebut dan ahli – ahli parlimen PR yg lain terus membongkar dan mendepani Najib dengan berani ttp untuk meminta tlg Dr.M dan menjadi alat ia amat memalukan sekali. Jangan kita minta kepala lanun campur tangan selesai kes rompak.

Hentikan politik Malaysia yg berkisar hanya untuk memenuhi nafsu rakus org bernama Mahathir.

sekian

che’GuBard
Bekas MPP PKR
Bekas Ketua Cabang Rembau
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.