Home » All Post, Headlines

Projek Sekolah Agama Johor Terbengkalai Angkara Siapa?

Submitted by on April 22, 2015 – 10:13 AMNo Comment

Kenyataan Umum
22 April 2015

Projek Sekolah Agama Johor Terbengkalai Angkara Siapa?

Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Johor telah pun membuat keputusan untuk membina 96 buah sekolah agama dengan kos pembinaan berjumlah RM 319.04 juta. Projek ini akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Johor dengan nisbah 70:30 dimana, pemaju akan dibayar RM 19.27 juta setahun bagi tempoh 15 tahun bermula daripada tahun 2012. Mengikut perjanjian, projek pembinaan ini akan siap dalam tempoh 2 tahun.

Namun, timbul masalah dalam projek ini dimana 18 daripada 87 sahaja yang siap, diduduki dan diserahkan kepada Jabatan Agama Johor. 8 buah lagi langsung tidak dibina walaupun projek sepatutnya bermula pada Januari 2013. Lebih teruk, kesemua bangunan yang telah diduduki masih tidak mendapat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC). 53% pula didapati terbengkalai dan 196 kerosakan pada bangunan sekolah yang telah diserahkan masih belum dibaiki.

SAMM Johor dengan ini menuntut Kerajaan Negeri untuk menjawap persoalan berikut :-

1. Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan bahawa Pemaju iaitu MySys Development Sdn. Bhd. tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan projek berskala besar seperti ini. Irwan Teguh pula hanya berdaftar dengan CIDV pada 7 Mac 2012. Mengapa Kerajaan Negeri boleh memberikan projek ratusan juta Ringgit kepada syarikat yang tidak berpengalaman?

2. Bagaimana proses penganugerahan tender projek ini dilaksanakan? Adakah melalui proses tender terbuka atau rundingan terus? Kerajaan Negeri perlu membuat siasatan terhadap pegawai-pegawai UPENJ dan mereka-mereka yang terlibat.

3. Jika berlaku kemalangan pada bangunan yang telah diserahkan kepada JAJ tanpa sijil CCC, siapakah pihak yang akan bertanggungjawab? Perkara ini bukanlah kecil kerana ia merisikokan nyawa pelajar-pelajar dan guru-guru.

4. Adakah MAIJ, JAJ dan Kerajaan Negeri tidak mengetahui bangunan tersebut tidak mendapat sijil CCC? Jika tahu, mengapa masih dibenarkan operasi?

5. Projek yang terbengkalai adakah Kerajaan Negeri akan menganugerahkan kepada pemaju dan kontraktor baru? Berapa juta lagi peruntukan yang akan dikeluarkan?

6. Mengapa denda ganti rugi tertentu dan ditetapkan tidak dikenakan kepada pemaju?

SAMM Johor menegaskan Kerajaan Johor dibawah pentadbiran Menteri Besar baharu ini patut membuka siasatan yang telus. Jika tidak, ia akan membuka ruang persepsi kepada rakyat umum bahawa pentadbiran Khaled Nordin hanya mendiamkan semua kesalahan dan kesilapan yang dibuat oleh rakan-rakan politiknya.

Apa yang berlaku ini adalah merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa, pembaziran wang rakyat dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat untuk menimba ilmu agama.

Hadzril Ridzal Husin
Penyelaras SAMM Johor

logo samm

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.