Home » All Post, Headlines

Separuh Hasil Kutipan VEP Perlu Diserahkan Kepada Negeri Johor

Submitted by on April 10, 2015 – 10:08 AMNo Comment

Kenyataan Umum
10 April 2015

Separuh Hasil Kutipan VEP Perlu Diserahkan Kepada Negeri Johor

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor menyambut baik pengumuman dari Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Aziz Kaprawi yang mengumumkan bermula

1hb Ogos ini caj VEP (vehicle entrance permit) akan dikenakan ke atas kenderaan negara jiran yang memasuki Malaysia. Setiap kemasukan akan dikenakan caj sebanyak RM20.00.

Namun begitu SAMM Johor melihat caj vep yang dikenakan amat rendah dan tidak berpatutan. Cadangan kerajaan Singapura untuk menaikkan vep mereka dari sgd20 ke sgd 35, melihatkan perbandingan yang amat tidak seimbang. Kebanjiran warga singapura menyeberangi tambak untuk pelbagai urusan harian termasuk untuk menikmati makanan dan membeli barangan asas, kami sarankan agar kadar caj yang dikenakan dikaji semula.

Penyusutan nilai ringgit memberi keuntungan pada warga singapura untuk berbelanja di Johor, dan tiada hasil langsung yang dapat dinikmati oleh rakyat tempatan. Akibat dari kemampuan kuasa beli warga Singapura menyebabkan kenaikan mendadak pada harga pasaran makanan dan barangan.

SAMM Johor melihat VEP ini satu mekanisme yang ideal dalam mengawal kos kehidupan rakyat johor khususnya.

Kerajaan Persekutuan dinasihatkan agar jangan bersikap tamak. SAMM Johor mencadangkan agar separuh daripada hasil VEP ini dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Johor. Hasil ini dapat dikembalikan semula kepada rakyat dalam membangunkan prasarana dan pengangkutan sekaligus menaikkan imej Johor sebagai pintu masuk selatan Malaysia.

Kerajaan Negeri Johor perlu menyatakan ketegasan dalam perkara ini. Jangan sekadar menjadi tukang angguk pada setiap keputusan dan dasar Persekutuan. Fikirkan mengenai kemaslahatan rakyat Johor.

Hadzril Ridzal Husin
Penyelaras SAMM Johor

logo samm

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.