Home » All Post, Headlines, SAMM

Sudah-sudahlah Menjadi Alat Mahathir

Submitted by on April 8, 2015 – 1:53 PMNo Comment

pertemuan dengan Daim

Tulisan Umum
8 April 2015

Sudah-sudahlah Menjadi Alat Mahathir

Selama ini hanya muncul khabar-khabar angin seperti wujudnya hubungan kerjasama di antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Mahathir untuk menyingkirkan Najib. Kerjasama ini kononnya amat strategik dan paling bijak kerana dapat menunggang Mahathir, bekas Perdana Menteri paling lama dalam sejarah.

Namun, harus diingati Mahathir seorang pemain politik veteran. Kebijakan mengawal strategi untuk mencapai kemahuan politik peribadinya tidak boleh disangkal. Pakatan Rakyat perlu ingat agar tidak diperbodohkan lagi oleh Mahathir yang satu ketika dahulu mengajak rakyat menyingkirkan Pak Lah.

Rakyat tidak mendapat apa keuntungan pun daripada strategi ini. Sewaktu Najib ingin dijadikan Perdana Menteri, rakyat sudah menghantar isyarat jelas untuk menolak Najib ekoran skandal Altantuya dan perangai Rosmah.

Tetapi, Mahathir tidak peduli dan berkeras menyokong Najib. Kerana Mahathir menyangka Najib boleh menjadi budak suruhannya. Apabila kehendaknya tidak dituruti, Mahathir kini ingin mengajak rakyat untuk menyingkirkan Najib pula.

Imbas kembali kenyataan Mahathir minggu lepas, “Najib perlu disingkirkan supaya UMNO/BN tidak tewas teruk dalam Pilihanraya Umum akan datang”. Jelas sekali, niat Mahathir hanyalah untuk memperkuatkan UMNO/BN bagi menjaga kepentingan peribadinya. Tetapi, mengapa ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang terhegeh-hegeh menjadi bidak catur Mahathir? Adakah Pakatan Rakyat mahu mengukuhkan UMNO juga?

Minggu lepas, muncul suara seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menjemput Mahathir membantu dalam isu 1MDB. Ini tak ubah seperti mengajak lanun menyelesaikan kes rompak. Lebih dikesali, wujud pula pihak dalam Pakatan Rakyat yang sangat keliru. Bukan sahaja sekadar menyokong Mahathir malah ada pula yang murni hatinya menjemput Mahathir menyertai PKR untuk diangkat sebagai Ketua Umum. Ini satu lagi bentuk Kerajaan Perpaduan yang berpaksikan kegilaan kuasa.

Hari ini, kami menerima pula beberapa keping gambar pertemuan diantara kem Mahathir dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kami dedahkan satu keping gambar dahulu buat masa ini.

Daim Zainuddin adalah antara manusia paling cekap mengambil kesempatan (korup) dalam Malaysia. Adakah semasa pertemuan tersebut, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tersebut menyatakan kritikan atau sekadar menjadi pak angguk mendengar strategi dan arahan untuk melawan Najib Razak?

Sebagai antara pihak yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Rejim BN, SAMM merasa amat malu dengan perkembangan ini. Adakah kita boleh berkompromi dengan kumpulan manusia yang korup dan telah menghancurkan asas negara ini semata-mata untuk menjatuhkan seorang individu? Apakah menjatuhkan Najib bererti Malaysia telah dapat diselamatkan?

Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.