Home » All Post

Tunggakan Cukai : Kerajaan Negeri Johor Perlu Tegas Terhadap UMNO Batu Pahat

Submitted by on April 23, 2015 – 10:14 AMNo Comment

Kenyataan Umum
23 April 2015

Tunggakan Cukai : Kerajaan Negeri Johor Perlu Tegas Terhadap UMNO Batu Pahat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor mendesak agar Menteri Besar, Khaled Nordin dan Kerajaan Negeri Johor untuk bertindak tegas terhadap UMNO Bahagian Batu Pahat yang memiliki tunggakan cukai tanah bernilai RM 192,780.00 selain tunggakan denda berjumlah RM 38,556.00.

Data maklumat hakmilik dari laman Johor E-Payment Portal mendedahkan tunggakan cukai tanah ini telah berlaku selama 9 tahun iaitu daripada tahun 2006 hingga 2014. UMNO Bahagian Batu Pahat juga didapati mempunyai tunggakan cukai taksiran Majlis Perbandaran Batu Pahat berjumlah RM 12,800.15 dan RM 14,785.15.

Seharusnya, Kerajaan Negeri perlu merampas lot tersebut dan bukannya membiarkan saja tunggakan ini tidak dijelaskan. Kegagalan Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan terhadap UMNO Bahagian Batu Pahat ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan hasil. Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah mendedahkan bahawa nilai tunggakan cukai tanah di Johor meningkat dari RM 80.82 juta pada tahun 2012 kepada RM 85.48 juta pada tahun 2013.

SAMM Johor juga menyelar keras amalan 2 set undang-undang yang diamalkan oleh Pentadbiran Tanah Negeri Johor ini. Apakah kerana tunggakan cukai ini dilakukan oleh kelompok Parti Pemerintah maka, ia terus didiamkan tanpa tindakan penguatkuasaan dan undang-undang. Jika perkara ini dilakukan oleh rakyat marhaen, sudah pasti Pentadbir Tanah bertindak merampas tanah rakyat.

Sehubungan itu, SAMM Johor menuntut Khaled Nordin untuk mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Daerah Batu Pahat serta Majlis Perbandaran Batu Pahat untuk mengutip tunggakan ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap UMNO Bahagian Batu Pahat.

Farid Zulkornain
SAMM Johor

JOhor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.