Home » All Post, Headlines

Janji Pembinaan Hospital Padang Besar Adalah Penipuan BN

Submitted by on May 25, 2015 – 11:09 AMNo Comment

Kenyataan Umum
25 Mei 2015

Janji Pembinaan Hospital Padang Besar Adalah Penipuan BN

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis sangat kecewa dengan tindakan Putrajaya yang terus meminggirkan Perlis dalam sektor kesihatan. Cadangan pembinaan Hospital Padang Besar bukanlah perkara baru sebaliknya projek bernilai RM 198 juta ini telah dipersetujui pada RMK-9 lagi dan kemudiannya tertangguh sehingga RMK-10. Menteri Kesihatan ketika itu, Liow Tiong Lai telah menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan telah membeli sebuah kawasan seluas 10 hektar bagi tujuan pembinaan hospital berkenaan.

Manifesto Barisan Nasional semasa Pilihanraya Umum ke-13 juga menyentuh perkara yang sama. Menteri Kesihatan, Dr. S. Subramaniam dalam satu kenyataan bertarikh 25 April 2015 menyatakan Kerajaan tiada perancangan untuk membatalkan pembinaan hospital baharu di Padang Besar ekoran daripada ia adalah keutamaan projek pembangunan hospital.

Namun begitu, selepas pembentangan RMK-11, Kerajaan hanya mengumumkan pembinaan 6 buah Hospital baru dan terus mencicirkan Perlis daripada mendapat prasarana penting ini walaupun keperluan yang agak kritikal dan mendesak. Berapa lama lagikah rakyat Perlis harus menunggu?

Rakyat Perlis telah ditipu dengan janji palsu rejim Barisan Nasional selama 10 tahun dan akan terus ditipu lagi untuk 5 tahun yang akan datang. Kegagalan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perlis untuk membina Hospital baharu ini juga merupakan satu tindakan yang tidak menuruti titah Raja Perlis yang mencadangkan hospital ini dibina di dalam tempoh RMK-11.

Putrajaya terus bersikap acuh tak acuh walaupun Hospital Tuanku Fauziah berhadapan keadaan sesak dan tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. SAMM menggesa Putrajaya untuk memberikan penjelasan mengapa cadangan hospital ini tidak diteruskan.

SAMM Perlis menyeru setiap rakyat Perlis untuk tampil mempersoalkan keputusan Putrajaya yang mengabaikan aspek kesihatan negeri ini. Rakyat Perlis juga harus membuka mata melihat pentadbiran Kerajaan Negeri yang lemah dan tidak mampu untuk mendesak Putrajaya meneruskan pembinaan Hospital Padang Besar sepanjang tempoh RMK-11 ini.

Rakyat Perlis harus datang beramai-ramai menyambut kehadiran Perdana Menteri ke negeri ini pada 30 Mei nanti dengan menuntut pembinaan Hospital Padang Besar seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Cukuplah kita menjadi mangsa penipuan BN selama ini. Bangkit dan suarakan hak kita.

Asrul Nizam Abdul Jalil
Penyelaras SAMM Perlis

perlis

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.