Home » All Post, Headlines, SAMM

Menteri Kewangan Wajar Diganti

Submitted by on May 9, 2015 – 10:35 AMNo Comment

Kenyataan Umum
09 Mei 2015

Menteri Kewangan Wajar Diganti

1MDB terus mencipta polemik kepada rakyat Malaysia. Kali ini melibatkan transaksi pembelian tanah di TRX dengan Tabung Haji. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berkongsi sentimen yang sama menolak sekeras-kerasnya Tabung Haji dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan 1MDB.

SAMM melihat kontroversi demi kontroversi melibatkan 1MDB ini adalah disebabkan oleh kelemahan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Kisah 1MDB ini berkait rapat dengan individu bernama Jho Low yang juga merupakan sahabat baik keluarga Najib.

Begitu juga dalam skandal pembelian hartanah oleh TH ini. Tiga orang Ahli Lembaga Pengarah TH adalah terlibat dalam 1MDB sama ada sebagai Ahli Lembaga Pengarah ataupun Ahli Lembaga Penasihat. Maka, sudah pastilah timbul konflik kepentingan dalam isu 1MDB ini.

Siri kegagalan Kementerian Kewangan selama ini dari isu GST, polisi fiskal dan halatuju ekonomi negara yang gagal mengekang pertambahan hutang, 1MDB dan lain-lain lagi adalah sebab yang amat mendesak untuk Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang lebih kompeten.

Sehubungan itu, SAMM menggesa Najib untuk segera melakukan rombakan kabinet dan melantik individu lain untuk mengetuai Kementerian Kewangan. Najib boleh kekal sebagai Perdana Menteri tetapi amat perlu melepaskan jawatan Menteri Kewangan.

SAMM juga menyelar tindakan Polis DiRaja Malaysia yang dikatakan akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pembocor maklumat ini. Tabung Haji adalah merupakan satu instrumen tabungan oleh orang Muslim Malaysia dengan tujuan untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima.

Adalah wajib bagi pihak TH untuk memberikan maklumat pelaburan mereka kepada pendeposit bukannya berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi. TH bertanggungjawab memastikan setiap pendeposit mereka tahu dan faham serta bersetuju dengan setiap keputusan pelaburan mereka. Sepatutnya Ketua Polis Negara dan PDRM menyiasat apakah wujud penyelewengan dalam transaksi ini dan bukannya melakukan intimidasi terhadap pemberi maklumat.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Lembaga-Tabung-Haji

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.