Home » All Post, Headlines

Pembekuan Pengambilan Penjawat Awam Baru

Submitted by on May 6, 2015 – 10:43 AMNo Comment

Kenyataan Umum
6 Mei 2015

Pembekuan Pengambilan Penjawat Awam Baru

Susulan usaha Kerajaan Persekutuan untuk membekukan pengambilan Penjawat Awam Baru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini tampil mendesak Kerajaan untuk :-

1. Tidak mengancam operasi jabatan-jabatan Kerajaan yang kritikal seperti Kesihatan.

2. menggesa perjawatan dalam Polis DiRaja Malaysia dirombak semula. Anggota Cawangan Khas (SB) yang selama ini ditugaskan untuk memantau aktiviti politik sebaliknya diserapkan ke bahagian trafik, jenayah dan sebagainya. Memantau aktiviti politik semata-mata adalah amat mengarut dan bukanlah satu tugasan yang dapat membantu menurunkan kadar jenayah.

3. Menutup terus operasi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Mengikut senarai perjawatan 2015, JASA diperuntukkan seramai 145 penjawat awam pelbagai gred dan melibatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM 21,718,100. Di sebalik perbelanjaan puluhan juta ini, kebanyakkan kakitangannya adalah merupakan ahli UMNO dan juga modus operandinya adalah menjadi jentera propaganda parti politik. Apakah UMNO tidak mempunyai kekuatan sama ada dari segi tenaga manusia dan kewangan untuk mewujudkan jentera propaganda sendiri tanpa menggunakan Perbendaharaan Negara?

4. SAMM juga mendesak Kerajaan untuk memansuhkan Taman Asuhan Kanak-Kanak PERMATA, KEMAS dan Perpaduan sebaliknya menyerap semua Taska dan Tabika ini di bawah program Pra-Sekolah Kementerian Pendidikan. Untuk rekod, PERMATA mempunyai 582 penjawat jawatan dan menelan perbelanjaan RM 30,690,100. Manakala KEMAS mempunyai lebih 900 penjawat jawatan dan perbelanjaan RM 135,594,600.

5. Menilai semula kewajaran kewujudan agensi-agensi yang bertindih kuasa terutama di Jabatan Perdana Menteri dan terlalu ramai penjawat awam bergred tinggi seperti Kementerian Pendidikan yang mempunyai 2 Menteri, 2 Timbalan Menteri, 2 Ketua Setiausaha dan 3 Timbalan Ketua Setiausaha.
SAMM berpandangan dalam usaha Kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan, ia seharusnya mensasarkan kepada projek-projek, jabatan-jabatan dan agensi-agensi tertentu bukannya semberono hingga menjejaskan operasi dalam sektor kritikal.

Asrul Nizam Abd. Jalil
Penyelaras Kebangsaan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

logo samm

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.