Home » All Post, Headlines, SAMM

RMK-11 : Pembangunan Ekonomi Yang Rencam

Submitted by on May 24, 2015 – 11:26 AMNo Comment

Tulisan Umum
24 Mei 2015

RMK-11 : Pembangunan Ekonomi Yang Rencam

Tulisan ini adalah siri pertama daripada tiga siri mengenai pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 oleh Perdana Menteri, Najib Razak pada 21 Mei 2015.

Dalam memacu pembangunan ekonomi negara untuk berjaya menjadi Negara Maju, Kerajaan seharusnya mempunyai kemampuan untuk mengenalpasti sektor mana yang kita boleh muncul sebagai pemain utama di dunia. Untuk itu, Kerajaan sepatutnya sekarang ini mampu untuk mengenalpasti apakah bentuk kebolehan dan bakat yang kita ada dan perlukan.

Tetapi dalam RMK-11, Kerajaan mensasarkan kepada pembangunan sektor dan sub-sektor ekonomi yang rencam. Pelbagai sektor daripada pertanian, perusahaan, pembuatan, perkhidmatan dijadikan sasaran dan tumpuan. Di bawah sektor-sektor ini, muncul lagi pelbagai sub-sektor sebagai contohnya dalam sektor perkhidmatan, sub-sektor fokus merangkumi Industri Halal, Kewangan dan sebagainya.

Mengambil contoh Taiwan. Kerajaan Taiwan mengenalpasti industri elektronik sebagai industri fokus yang ingin dipacu dan mereka kemudiannya memanggil balik bakat-bakat dan tenaga mahir mereka daripada luar negara terutamanya mereka yang bekerja di Amerika Syarikat, dengan memperkenalkan insentif-insentif yang menarik. Walaupun terdapat pelbagai lagi sektor namun Taiwan terus meletakkan elektronik sebagai keutamaan. Akhirnya kini kita mengenali Taiwan sebagai sebuah negara Elektronik tersohor di dunia.

Kita sememangnya amat memerlukan bakat-bakat yang spesifik bukannya rambang. Ia perlu untuk mengembangkan ekonomi. Jika kita berjaya mendapat bakat yang tepat, semua rakyat Malaysia akan memperolehi manfaat darinya. Sepatutnya RMK-11 akan membina momentum pembangunan yang akan mencetuskan lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya memacu peluang yang lebih tinggi.

Asia sedang muncul sebagai kuasa ekonomi dunia dan Malaysia berada di tengah-tengah kedudukan strategik dalam Asia. Alangkah ruginya jika kita masih tercari-cari halatuju pembangunan ekonomi negara kita.

Ahmad Anwar Asyraf
Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

rmk11

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.