Home » All Post, Headlines

Sempadan Sabah Bocor Lagi

Submitted by on May 15, 2015 – 10:49 AMNo Comment

Kenyataan Umum
15 Mei 2015

Sempadan Sabah Bocor Lagi

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) begitu terkejut dan kecewa sekali dengan peristiwa penculikan di Sandakan semalam. Sekali lagi sempadan perairan Sabah begitu mudah sekali ditembusi walaupun telah diperkuatkan dengan kewujudan ESSCOM dan perintah berkurung.

SAMM melihat kejadian penculikan demi penculikan dan kerapuhan kawalan perairan Sabah ini sebenarnya berpunca semenjak lama dahulu. Inilah bala yang terpaksa dihadapi seluruh rakyat Sabah kerana projek IC oleh Mahathir dan Barisan Nasional. Sanggup menggadai kedaulatan dan keselamatan Sabah dengan memberikan kad pengenalan kepada PATI hanya untuk memastikan kelangsungan kuasa mereka. Akhirnya, sehingga ini pelbagai jenayah tidak dapat dihentikan termasuklah insiden penculikan sebegini.

SAMM juga kecewa dan amat tidak berpuashati dengan ESSCOM. Beratus juta peruntukan telah diberikan kepada ESSCOM. Pelbagai agensi telah digerakkan di bawah ESSCOM. Pelbagai aset dan beribu tenaga manusia telah dikerah untuk memastikan keselamatan sempadan perairan Sabah terjaga. Namun, masih juga gagal.

Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas ESSCOM sepatutnya mengambil tanggungjawab atas kegagalan ini dan mengumumkan perletakkan jawatan beliau. Seorang pemimpin Pembangkang, Teresa Kok yang sebelum ini menyindir Sabah tidak selamat telah didakwa kononnya menghasut tapi SAMM ingin mengemukakan pertanyaan yang sama, adakah Sabah benar-benar selamat?

Adakah ESSCOM ini ditubuhkan hanya untuk Kerajaan Persekutuan menunjukkan kuasa? Beratus juta telah dibazirkan begitu sahaja sedangkan lanun-lanun yang datang hanya berselipar jepun masih gagal ditahan.

SAMM menasihatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak memandang enteng mengenai keselamatan sempadan perairan Sabah.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

esscomm district

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.