Home » All Post, Headlines, SAMM

Anak Harimau Jangan Dibela

Submitted by on June 7, 2015 – 11:54 AMNo Comment

Kenyataan Umum
7 Jun 2015

Anak Harimau Jangan Dibela

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merasa terpanggil untuk turut sama hadir dalam program dialog #Nothing2hide selepas dikatakan Mahathir mahu hadir. SAMM merasakan itulah kesempatan terbaik untuk melihat 2 maestro rejim Pemerintah berdialog mengenai semua tuduhan dan dakwaan yang telah dibangkitkan selama ini.

Najib perlu jelas bahawa ia sebenarnya sedang disabotaj dari dalam kemnya sendiri. Tanpa Najib sedar, penganjur dengan sengaja telah memancing Mahathir untuk hadir sedari awal lagi. Malah, kenyataan SukaGuam semalam juga menunjukkan kebenaran ini.

Ketidakhadiran Najib dalam program tersebut telah merosakkan imejnya sendiri. Najib ketika ini dilihat sebagai seorang pemimpin yang penakut untuk berhadapan si pengkritik. Di dalam Dewan Rakyat juga, Najib sering mengelak untuk berbahas dengan Oposisi. SAMM menegaskan Najib usahlah berselindung di balik telunjuk lagi.

SAMM amat kesal program ini telah dibatalkan dan Najib langsung tidak hadir. Lebih dikesali apabila Mahathir datang dan membuat kecoh sedangkan Mahathir sepatutnya duduk elok-elok dan tunggu Najib masuk ke dewan dan memulakan dialog.

Mahathir sepatutnya menghargai bagaimana selama ini beliau membuat roadtour Bicara Negarawan yang tidak diganggu mana-mana pihak. Bukan setakat kali ini saja, malah roadtour menjatuhkan Pak Lah dulu juga tidak diganggu. Atau ini memang sifat dan sikap Mahathir yang autokratik dan diktator. Hanya mahu suaranya saja didengari.

Namun di dalam perkembangan yang sama juga, SAMM menyelar tindakan Polis DiRaja Malaysia yang merampas microfon ketika Mahathir sedang berucap. Ini satu lagi bentuk halangan dalam kebebasan bersuara. PDRM boleh memberikan alasan keselamatan untuk mewajarkan ketidakhadiran Najib, tetapi untuk apa PDRM mengganggu Mahathir berucap?

Sungguhpun SAMM bersetuju tindakan tersebut merupakan satu intimidasi tetapi, Mahathir juga kena ingat apa yang telah dilakukan sepanjang zaman pemerintahannya. Zaman pentadbiran Mahathir lebih kejam terhadap mereka yang bersuara kritikal. Mereka-mereka yang tidak sealiran dengannya ditangkap, dipukul, disumbat ke dalam penjara atau lokap dan sebagainya. Ingat tragedi Memali dimana pengkritik pentadbirannya telah dibunuh.

SAMM juga sangat terkejut melihat mereka-mereka yang satu ketika dahulu galak menggelar Mahathir sebagai MahaFiraun kini menatang Mahathir seolah-olah Maha-Suci. Timbalan Presiden PAS yang baru sahaja memenangi kerusi tersebut telah menawarkan pentas PAS kepada Mahathir.

Ini satu lagi bentuk pemikiran tersekat. Timbalan Presiden itu sepatutnya ingatkan ketika Mahathir bergaduh dengan Tunku selepas kalah pilihanraya, Mahathir telah menggunakan pentas PAS dan selepas dia naik sebagai Perdana Menteri, PAS teruk menjadi mangsa keganasan Mahathir. Bukan setakat tangkap ISA malah sehingga ke tahap membunuh di Memali dan Lubuk Merbau.

Kini Mahathir kelihatan seperti sudah hilang punca. Mahathir mula bercakap soal mengajak rakyat turun ke jalanraya. Ini jelas munafik. Mahathirlah watak yang selama ini menggelarkan gerakan demonstrasi aman sebagai pemusnah, perosak ketenteraman dan sebagainya.

SAMM menegaskan usaha untuk mengherokan Mahathir ini ialah usaha mengulangi kerja bodoh yang lepas. SAMM tidak menafikan Najib banyak kelemahan dan Najib perlu berdepan dengan kuasa rakyat. Tetapi Mahathir bercakap hanya kerana nafsu politiknya dan kerana takut sebuah Kerajaan yang pro-rakyat akan lahir di bumi Malaysia. Mahathir sedang mengulangi skrip yang sama,seharusnya takkan mungkin ada lagi yang bergelar pemimpin tertipu. Sampai bilakah rakyat akan terus dimangsakan umpama keluar dari mulut harimau tapi termasuk pula ke dalam mulut buaya.

SAMM hari ini menyatakan kesediaan untuk menganjurkan dialog #Nothing2Hide bersama Dr.Mahathir untuk dia berdepan dengan semua persoalan selama 20 tahun lebih Malaysia dibawah pentadbiranya. Ini satu cabaran dan pelawaan rasmi akan diajukan kpd Mahathir dalam masa terdekat dan mohon kesediaannya. Tentu ramai rakyat menanti untuk bertanya banyak persoalan dari profesional yg dizalimi, rakyat yg dirompak wang mereka, pimpinan serta aktivis Sabah yg digadai kedaulatannya hingga ke mangsa keluarga pembunuhan Memali.

#SudahlahMahathir

Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

n2hide

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.