Home » All Post, Headlines, SAMM

Gagal Jaga Perairan, MT Orkim Harmony Hilang

Submitted by on June 15, 2015 – 12:00 PMNo Comment

Kenyataan Umum
15 Jun 2015

Gagal Jaga Perairan, MT Orkim Harmony Hilang

Satu per satu ujian melanda negara. Daripada kapal terbang, insiden penculikan, penemuan kubur besar, banjir besar, gempa bumi hinggalah terkini kehilangan MT Orkim Harmony yang kedudukan terakhirnya dikenalpasti di sekitar 30 batu nautika dari Tanjung Sedili, Johor.

Kegagalan kawalan keselamatan sempadan bukanlah satu perkara baharu. Ini termasuklah kawasan perairan negara. Banyak pihak sudah mengutarakan perkara ini semenjak insiden Lahad Datu. SAMM berpandangan Kerajaan gagal dalam menambah baik kawalan sempadan perairan negara.

APMM satu agensi yang mempunyai bidangkuasa terhadap penguatkuasaan dan kawalan keselamatan sejauh 200 batu nautika. Tetapi nampaknya agensi ini seringkali gagal. Contohnya, setiap kali insiden penculikan berlaku di Sabah, Ahli-Ahli Parlimen akan membangkitkan kelemahan APMM, dan Menteri bertanggungjawab, Shahidan Kassim terus memberikan alasan aset dan kelengkapan yang tidak lengkap walhal bilion Ringgit telah dibelanjakan.

SAMM melihat alasan ini adalah satu alasan kitar semula sesuai dengan sikap seorang Menteri kitar semula ini. Alasan tersebut hanyalah untuk menutup segala kepincangan yang berlaku dalam kawalan keselamatan perairan negara.

Tidak dapat tidak, Najib perlu melakukan pembaharuan dan cukuplah berdegil. Akui Jabatan Perdana Menteri tidak mempunyai kepakaran untuk mengawal keselamatan perairan negara. Pindahkan APMM kepada bidangkuasa Kementerian Pertahanan atau Kementerian Dalam Negeri.

Najib hatta Shahidan juga tidak perlu angkuh lagi. Deretan insiden penculikan di Sabah dan kes kehilangan MT Orkim Harmony ini memang menimbulkan persoalan akan keberkesanan APMM. APMM yang ditubuhkan kononnya untuk mengelakkan pertindihan dari segi fungsi dan bidang tanggungjawab serta sumber tidak ekonomik. Tetapi APMM terus gagal. SAMM mencadangkan agar dikembalikan semula kuasa Polis Marin untuk membantu mengawal sempadan perairan.

Keselamatan perairan negara begitu penting kerana ketika ini kedua-dua kawasan iaitu di Selat Melaka dan Laut China Selatan adalah merupakan laluan perkapalan yang penting. Terjejasnya keselamatan di dua perairan itu akan juga menjejaskan reputasi negara bukan sahaja di mata pelabur malahan pelancong asing juga.

Shariful Azmir Hj. Mustafa
Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan

orkim

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.