Home » All Post, Headlines, SAMM

Kenaikan Harga Bahan Bakar Memang Sudah Dijangka

Submitted by on June 1, 2015 – 11:36 AMNo Comment

Pemikir Kaum Muda SAMM

Tulisan Umum

1 Jun 2015

Kenaikan Harga Bahan Bakar Memang Sudah Dijangka

Harga Minyak Mentah Brent TerkiniHarga Minyak Mentah Brent Terkini

Mulai 1 Jun 2015, harga runcit RON95 adalah RM 2.05 se-liter. Ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga bahan bakar ini kerana kenaikan ini hanya berlaku selepas 2 bulan GST dilaksanakan.

Sebenarnya, kenaikan harga runcit bahan bakar ini bukanlah mengejutkan. Ia sepatutnya berlaku lebih awal lagi iaitu pada permulaan bulan Mei lepas. Tetapi rejim Pemerintah terpaksa menangguhkan kenaikan kerana bimbang ia akan menimbulkan suasana tidak senang kepada rakyat.

Harga Minyak Mentah Brent Tahun 2014Harga Minyak Mentah Brent Tahun 2014

Satu perkara yang rakyat perlu sedar adalah sebelum ini, iaitu pada tahun 2014 semasa harga minyak mentah Brent berada pada paras USD 100 – USD 120 satu tong, hanya runcit RON 95 kita berada pada paras RM 2.10 se-liter. Berbanding sekarang iaitu RM 2.05 se-liter walhal harga minyak mentah Brent berada pada paras USD 55 – USD 65 satu tong untuk tempoh tiga bulan kebelakangan ini.

Perbezaan yang agak besar ini berlaku kerana semenjak Disember 2014, Rejim telah pun menggunapakai sistem Automated Pricing Mechanism (APM) dan juga telah menghapuskan subsidi bahan bakar. Kedua-dua keputusan ini adalah bersandarkan kepada aspek penurunan harga minyak mentah Brent semenjak hujung tahun 2014 dan juga untuk meringankan beban kewangan rejim ini.

Harga runcit RON95 (sen/liter) dari bulan Februari 2014 (masih bersubsidi) hingga Disember 2014 (tiada subsidi)Harga runcit RON95 (sen/liter) dari bulan Februari 2014 (masih bersubsidi) hingga Disember 2014 (tiada subsidi)

Malah, sewaktu pengenalan dua polisi ini, iaitu pada Disember 2014, harga minyak mentah Brent berada di bawah paras USD 60 satu tong tetapi harga runcit RON95 pula adalah RM 2.26 se-liter.

Pemikir Kaum Muda SAMM ingin mengajak rakyat Malaysia berfikir, berapakah harga runcit RON95 ini sekiranya harga minyak mentah Brent terus meningkat sehingga kembali ke paras lingkungan USD 90 – USD 120 satu tong? Adakah kita akan mula menikmati harga RON 95 setaraf dengan harga runcit di negara pengimport bersih bahan bakar?

Pemikir Kaum Muda SAMM juga mendesak rejim Putrajaya untuk memperjelaskan kepada seluruh rakyat, bagaimanakah peruntukan subsidi bahan bakar yang telah dimasukkan ke dalam Belanjawan 2015 dibelanjakan? Sudah pasti rejim dapat menjimatkan berbelas billion ringgit hasil daripada penghapusan subsidi bahan bakar. Ditambah lagi dengan hasil yang dipungut semenjak GST dilaksanakan 2 bulan lepas. Kemanakah wang-wang ini dibelanjakan?

Pemikir Kaum Muda SAMM juga menyeru rejim Pemerintah untuk menilai semula kaedah penetapan harga bahan bakar ini. Sekiranya tetap mahu menggunapakai sistem APM tanpa subsidi ini, rejim Pemerintah sepatutnya menetapkan kaedah harga yang lebih dinamik. Rejim perlu membenarkan persaingan harga di kalangan syarikat pembekal petrol seperti yang diamalkan di Australia agar rakyat mempunyai pilihan mendapatkan bekalan petrol pada harga yang lebih kompetitif.

Untitled-1

Atau rejim Pemerintah perlu membuat keputusan sama ada untuk menaikkan had gaji minimum atau mengembalikan subsidi bahan bakar apabila harga minyak mentah dunia kembali stabil. Jika tidak, rakyat akan terus bergelut dengan keadaan sara hidup yang memuncak dan harga bahan bakar yang sangat-sangat mahal satu ketika nanti.

Kini giliran rejim Pemerintah pula untuk berkorban kepada negara tercinta. Rakyat Malaysia tidak boleh lagi diminta untuk berkorban sedangkan yang berada di tampuk kepimpinan Negara terus menerus membazir, berbelanja dengan tidak terkawal dan tidak mengamalkan tata kelola dan urus tadbir yang cekap.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.