Home » All Post, Headlines, SAMM

Mahathir Biadap dan Menghina Johor

Submitted by on June 14, 2015 – 11:59 AMNo Comment

Kenyataan Umum
14 Jun 2015

Mahathir Biadap dan Menghina Johor

Mahathir Mohammad dalam satu ucapan semasa program Cooler Lumpur bertarikh 13 Jun 2015 telah menyatakan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam kes pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Mahathir sebaliknya meletakkan semua beban kesalahan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong ketika itu iaitu Almarhum Sultan Iskandar.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor dan sekutu menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu kenyataan yang amat biadap dan menghina negeri Johor keseluruhannya.

Adakah Mahathir sudah terlupa bahawa krisis Kehakiman 1988 ini berpunca daripada insiden “Kira Undi Tutup Lampu” semasa pertembungan antara beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah merebut kerusi Presiden UMNO? Mahkamah telah membuat keputusan untuk mengharamkan UMNO dan seterusnya mewujudkan UMNO Baru dan Semangat 46.

Kes UMNO 11 ini adalah salah satu daripada contoh ketegasan Tun Salleh Abas dan institusi Kehakiman ketika itu dalam mempertahankan undang-undang dan kebebasan badan Kehakiman yang sangat menyakitkan hati Mahathir dan Kerajaan pimpinannya ketika itu. Mahathir masih ingat lagi kes dua wartawan iaitu John Berthelsen dan Raphael Pura yang menulis artikel mengenai siri transaksi kewangan yang meragukan yang dilakukan oleh pegawai Kerajaan ketika itu? Akhbar the Asian Wall Street Journal telah diharamkan dan Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu telah membatalkan permit kerja kedua-dua wartawan ini. Tetapi Mahkamah Agong telah membatalkan keputusan tersebut.

Mahkamah Agong juga pernah menggunakan kuasa Semakan Kehakiman (Judicial Review) untuk membatalkan pindaan Kanun Acara Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan sebarang prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa perlu merujuk dahulu ke Mahkamah Majistret.

Mahkamah Tinggi pernah semasa Operasi Lalang 1987 membenarkan permohonan Mendiang Karpal Singh untuk dibebaskan daripada tahanan hanya kerana isu teknikal berhubung cara beliau ditangkap. Ini semua yang menyebabkan Mahathir begitu marah dan mempunyai dendam kesumat terhadap Tun Salleh Abas yang mana menyaksikan Mahathir mula menyerang keperibadian Tun Salleh hingga menyaksikan pemecatannya.

Perlu diingati bahawa pada 1 Ogos 1983, Mahathir telah pun membawakan usul ke dalam Parlimen iaitu Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan Persekutuan untuk meminda Perkara 66 mengenai kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong. Mahathir adalah manusia yang telah menjadikan Institusi Raja-Raja Melayu ini sebagai “Rubber Stamp”.

Tunku Abdul Rahman dalam buku beliau Mayday For Justice telah menyatakan Tun Salleh Abas sebagai seorang Ketua Hakim yang kredibel tetapi telah dihina secara terbuka dan dipecat dengan pertuduhan yang direkacipta.

Tunku Abdul Majid Idris Iskandar dalam satu postingnya di facebook peribadinya dengan tegas menyatakan Mahathir telah menggunakan Almarhum Sultan Iskandar untuk memecat Tun Salleh Abas.

“Mahathir used my father to remove Tun Salleh, period. Tun Salleh is a good man and my father acknowledged that. He has already made his peace with Tun Salleh. Mahathir, please don’t blame people who can’t defend themselves anymore.”

Abdul Majid Iskandar

Tunku Majid juga menolak dakwaan Mahathir, adalah amat mustahil Tun Salleh Abas mengatakan rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan Almarhum Tuanku terlampau jauh. Antara Jalan Damai dan Jalan Kia Peng jaraknya jika memandu pun mengambil masa 5 minit. Jadi macam mana kerja-kerja ubahsuai Istana boleh didengari oleh Tun?

Bersandarkan kepada semua fakta di atas, SAMM Johor dan sekutu dengan tegas menyelar dan mengutuk tindakan Mahathir yang menyalahkan Almarhum Sultan Iskandar. Kamu berseteru dengan Najib itu adalah pertembungan politik. Tetapi mengapa kamu mengheret Almarhum Sultan Iskandar dalam perseteruan kamu. Tak cukupkah lagi penghinaan yang telah kamu buat terhadap Istana Johor sepanjang 22 tahun kamu memerintah?

Almarhum Sultan Iskandar telah lama mangkat dan kini kamu mengeluarkan cemuhan dan dakwaan terhadap Almarhum yang sudah pasti tidak lagi dapat mempertahankan dirinya? Mahathir perlu menarik balik semua tuduhan dan dakwaan tersebut. Segala dakwaan tersebut adalah biadap dan satu penghinaan besar bukan sahaja kepada Istana Johor malah kepada semua rakyat Johor dan Negeri berdaulat ini.

Johor Mesti Jadi Johor

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

PC mahathir

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.