Home » All Post, Headlines, SAMM

Mengapa Mahathir Merapu, Melatah?

Submitted by on June 22, 2015 – 12:07 PMNo Comment

Kenyataan Umum
22 Jun 2015

Mengapa Mahathir Merapu, Melatah?

Minggu ini agak hingar-bingar sekali apabila SAMM menghantar jemputan kepada Tun Mahathir untuk menjadi panel dalam program Hot Seat #Nothing2Hide. Bukan setakat pengampu Tun Mahathir sahaja yang melatah, malah laskar siber UMNO/BN juga menyerang bertali arus kerana bimbang upah mereka akan dipotong.

Tidak ketinggalan penyokong oposisi turut mengambil peluang membelasah SAMM khasnya Saudara Che’GuBard. Kerana terpesona dengan propaganda sendiri bahawa Mahathir menyerang Najib ini akan memenangkan Pembangkang. Walhal, Mahathir amat konsisten tidak mempercayai gabungan Pembangkang mampu memerintah negara. Serangan Mahathir hanyalah untuk mengelakkan rejim UMNO/BN tersungkur.

Saya tidak mahu mengulas kisah bohong yang dijaja kononnya kami mendapat bayaran lumayan dari Najib. Ini semua strategi “Corrupted Mind”. SAMM tidak perlu dibayar untuk membuat sesuatu yang kami fikirkan betul. Banyak buku-buku yang telah diterbitkan oleh SAMM sehingga kini. Daripada buku cincin Rosmah Mansor, Malaysia Munafiq, buku mengenai pembaziran Ali Rustam hinggalah booklet Wajah Sebenar Mahathir.

Malah SAMM telah pun membuat 3 kali cetakan booklet mengenai Anwar Ibrahim. Ketika ini jumlah yang dicetak telah mencecah 100,000 naskhah tanpa dibiayai sesiapa. Malahan, dalam waktu booklet Wajah Sebenar Mahathir ini diedar, SAMM turut mencetak 10,000 naskhah lagi booklet Anwar Ibrahim sempena Ramadhan.

SAMM sentiasa konsisten menyerang Najib Razak sama ada sebelum kempen #SudahlahMahathir bermula sehinggalah hari ini. Baca kenyataan Saudara Che’GuBard semenjak kempen ini bermula tidak pernah tertinggal ayat SAMM mengakui Najib adalah pemimpin bermasalah dan perlu berdepan dengan rakyat.

Kisah bohong dan serangan bertali arus ini muncul apabila kononnya Saudara Che’GuBard dikatakan mencabar Mahathir untuk berdebat dengannya. Kelompok pro-Mahathir yang tanpa membaca kandungan surat jemputan itu terus menghalakan serangan.

Paling melucukan Mahathir sendiri keliru dengan isi kandungan surat tersebut. Saya ingin bertanya kepada Mahathir dan penyokongnya tunjukkan dimana perkataan yang menyatakan Saudara Che’GuBard dan SAMM mencabar Mahathir berdebat?

SAMM hanya menyediakan platform kepada Mahathir untuk tampil menjawab pelbagai persoalan berkenaan zaman pentadbirannya yang berlegar-legar sehingga kini. SAMM akan membawakan beberapa sosok yang menjadi mangsa kezaliman politiknya. Mengapa susah sangat nak faham bahasa kebangsaan yang digunakan dalam surat tersebut?

Tetapi saya mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang melatah dan juga penyokongnya yang tidak langsung mengambil berat untuk mengetahui isi kandung surat tersebut. Keadaan ini sebenarnya menggambarkan wajah sebenar Mahathir yang hanya berani memanipulasi walhal takut berhadapan dengan orang-orang yang telah dizaliminya. Begitu juga, seminggu ini telah mendedahkan bagaimana keadaan pemikiran korup penyokongnya yang menyokong membuta tuli tanpa mengetahui duduk sebenar perkara ini.

Saya amat merasa kasihan dengan Mahathir dan penyokongnya. Bacalah surat yang telah dihantar kepada Mahathir ini dan tunjukkan kepada saya dimanakah tertera cabaran debat dalam surat tersebut?

SAMM menegaskan bahawa program Hot Seat #Nothing2Hide yang dicadangkan ini adalah sama seperti yang dilakukan oleh NGO SukaGuam yang menampilkan Najib di pentas bagi memberi peluang menerangkan semua perkara. Namun ia gagal kerana berlaku kekecohan.

Isu yang melibatkan Najib ini ramai yang telah memahaminya dan biarlah rakyat yang menghakiminya. SAMM kini mempelawa Mahathir untuk tampil dalam sesi Hot Seat Nothing2Hide sebagai satu ruang rakyat membangkitkan persoalan dan juga ruang untuk dia perjelaskan. Ini bukan soal Mahathir-Najib semata-mata tetapi soal Mahathir, rakyat dan negara ini.

SAMM meminta Mahathir jangan mengalihkan isu. Sila beritahu tarikh dan masa, SAMM sedia anjurkannya. Tak perlulah bersusah payah mengarahkan laskar upahan pro Mahathir untuk menyerang kami dengan caci maki.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM

n2hide

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.