Home » All Post, Headlines

Najib Perlu Tarik Diri Dari Rundingan TPPA Sebelum Kedatangan Obama November Nanti

Submitted by on June 22, 2015 – 12:09 PMNo Comment

Kenyataan Umum
22 Jun 2015

Najib Perlu Tarik Diri Dari Rundingan TPPA Sebelum Kedatangan Obama November Nanti

House of Representative Amerika Syarikat telah mengundi menyokong Barrack Obama untuk mempercepatkan rundingan Perjanjian Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) melalui peruntukkan khas iaitu “Fast Track Authority”. Dengan adanya FTA ini maka, para perunding Amerika diberikan kuasa penuh untuk memutuskan kandungan perjanjian itu tanpa dibawa ke House of Representative.

Para wakil rakyat Amerika hanya akan diberikan kuasa untuk menerima atau menolak TPPA ini tanpa peluang untuk mengubahsuai kandungan perjanjian ini.
Lihat betapa angkuhnya rejim Barrack Obama dan penasihatnya. Jika House of Representative negara mereka sendiri pun tidak diendahkan, apakah Obama dan negara Uncle Sam ini akan memikirkan mengenai untung nasib negara kecil seperti Malaysia? Malah, sebaik sahaja FTA diluluskan, sudah pastilah para perunding Amerika akan lebih berkeras lagi untuk memastikan Malaysia menyingkirkan segala halangan terhadap TPPA dan terus tunduk kepada kehendak korporat Amerika?

Wakil-Wakil dalam House of Representative Amerika Syarikat juga menuntut satu perjanjian sampingan yang dikenali sebagai “Trade Assistance Authority” supaya para pekerja Amerika tidak kehilangan kerja sebaik sahaja TPPA dimeterai. Mereka menjadikan NAFTA sebagai rujukan perjanjian perdagangan yang telah mengakibatkan rakyat Amerika kehilangan pekerjaan. Jelas TPPA akan membawakan kesan buruk kepada kaum pekerja dan sehingga kini rejim Putrajaya masih lagi gagal meyakinkan sama ada hak pekerja akan dilindungi selepas TPPa ini ditandatangani.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meragui Perdana Menteri, Najib Razak akan mempunyai keberanian untuk menentang kehendak korporat Amerika dan rakan golfnya, Barrack Obama. Najib akan terus tunduk dan akur apabila Obama yang dijadualkan datang ke Malaysia November nanti. Oleh kerana itu, SAMM dengan ini tegas mendesak Najib untuk menghentikan rundingan TPPA ini dengan segera.

SAMM juga memberikan amaran jika Najib terus angkuh menandatanganinya tanpa mempedulikan suara hati rakyat, kamu akan berhadapan dengan kebangkitan rakyat menjatuhkan kamu dari puncak kekuasaan setelah ketika ini rakyat masih kekal bergelut dengan kesan kenaikan kos sara hidup, GST, kadar hutang isirumah yang meningkat, penyelewengan 1MDB dan keborosan keluarga kamu.

Mohd Faizal Ab. Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan

logo samm

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.