Home » All Post, Headlines, Sabah

Pelan Kecemasan Bencana Nasional Menyeluruh Perlu Diwujudkan

Submitted by on June 6, 2015 – 11:48 AMNo Comment

Kenyataan Umum
6 Jun 2015

Pelan Kecemasan Bencana Nasional Menyeluruh Perlu Diwujudkan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merakamkan rasa simpati dan terkejut sengan bencana gempa bumi yang melanda Sabah. Tragedi ini merupakan gegaran paling kuat dalam tempoh 39 tahun sejak 1976.

Sekali lagi kita agak lambat dalam mengambil tindakan Mencari dan Menyelamat (SAR). Kementerian Pertahanan baru hentar menghantar pasukan tentera bagi membantu operasi di kawasan terjejas.

Ternyata apa yang terjadi semalam, Malaysia nampaknya sudah termasuk dalam lingkaran bencana. Ini memerlukan usaha serius bagi merombak cara kita berdepan dengan bencana. Perlu ada manual pengurusan bencara Nasional yang lebih menyeluruh dan menggabunhkan semua agensi awam termasuk juga rakyat.

Sistem pembinaan bangunan di Malaysia juga perlu dari sekarang mengambil kira perkembangan ini.

Dalam pada itu, dilaporkan juga terdapat sekumpulan pendaki berbogel yang mendaki Gunung Kinabalu ada 2 Jun lepas dan kes ini sedang disiasat Polis. Bayangkan jika Sabah diperintah oleh selain BN bescaya media regim akan mengecamnya sebagai kesalahan Pakatan Rakyat seperti mana yang pernah berlaku di Pulau Pinang. Malah, media regim juga akan tanpa ragu terus menuduh gempa itu berpunca daripada pendaki bogel.

Walau apa pun, SAMM tetap bersimpati dengan kaum keluarga mangsa yang meninggal dunia, tercedera, dan semua mangsa yang terlibat dalam bencana ini. Kerugian-kerugian sama ada harta benda mahupun nyawa yang bukan sedikit ini haris diberi perhatian khusus oleh regim Pemerintah.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

esscomm district

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.