Home » All Post, Headlines

Tajuddin Patut Belajar Terima Pandangan

Submitted by on June 12, 2015 – 11:55 AMNo Comment

Kenyataan Umum
12 Jun 2015

Tajuddin Patut Belajar Terima Pandangan

Solidariti Anak Muda Malaysia (Johor) memandang serius pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Seri Tajudin Abdul Rahman yang mempertahankan Dato Seri Najib Tun Razak dari kritikan Tunku Mahkota Johor tempohari.

Tunku Mahkota Johor memberikan kritikan yang dilihat mewakili majoriti rakyat Malaysia dalam menyelar kredibiliti Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kegagalan Dato’ Seri Najib menghadirkan diri dalam forum ‘Nothing To Hide’ memberi isyarat jelas beliau gagal dalam memberi jawapan kepada beribu persoalan dan kegusaran yang bermain di minda jutaan rakyat Malaysia ketika ini.

Tindakan mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh DYAM Tunku Mahkota Johor menunjukkan bagaimana beliau seolah-olah menunjukkan yang UMNO melalui Dato’ Seri Najib adalah seorang yang tidak boleh menerima kritikan dan pandangan. Berbeza dengan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad yang dilihat mempunyai agenda tersembunyi, pandangan Tunku Mahkota Johor jelas tiada kepentingan politik selain dari kerisauan dan kebimbangan dengan keadaan pentadbiran Malaysia di saat ini,

Kenyataan beliau yang mengheret Istana Perak dan Pahang ke dalam isu ini juga dilihat seperti tindakan terdesak kem DS Najib dalam mencari talian hayat untuk membolehkan mereka kekal dalam konflik yang sedang berlaku.

Kami mencadangkan pihak Istana Negeri Johor mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyekat DS Tajudin Abd Rahman yang juga Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dari memasuki Negeri Johor selagi tiada perutusan maaf dikeluarkan oleh beliau.

Hadzril Ridzal Husin
Penyelaras SAMM Johor

JOhor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.