Home » All Post

Booklet The Malaysia Dilemma : Wajah Sebenar Mahathir Versi PDF

Submitted by on July 11, 2015 – 3:09 PMNo Comment

Kenyataan Umummukasurat 1pdf
11 Julai 2015

Booklet The Malaysia Dilemma : Wajah Sebenar Mahathir Versi PDF

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun melancarkan kempen #SudahlahMahathir pada awal bulan Jun 2015. Serentak dengan itu, SAMM telah mengeluarkan sebuah booklet bersaiz poket The Malaysian Dilemma : Wajah Sebenar Mahathir yang memaparkan kisah kecurangan dan sisi hodoh yang telah diwariskan oleh MahaFiraun Mahathir Mohammad sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Booklet ini telah pun diedarkan kepada masyarakat umum di seluruh negara dengan fokus utama kepada pejabat-pejabat agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Isu Mahathir bukanlah sekadar satu kisah silam semata-mata sebaliknya ia telah memberikan kesan kepada keadaan negara yang tenat hari ini.

Korupsi, kepincangan demokrasi dan urus tadbir yang buruk telah diwariskan kepada kita hari ini seperti Penganugerahan Kontrak Janakuasa Bebas, Skandal FOREX-BNM, Skandal BMF dan sebagainya seperti yang terkandung dalam booklet ini. Tindakan Mahathir kali ini bukanlah demi kepentingan negara sebaliknya Mahathir ingin mengaut semula setiap hasil rompakan melalui proksi beliau sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Sepanjang berlangsung kempen dan edaran booklet ini, pelbagai tuduhan, dakwaan dan fitnah telah dihadapi oleh SAMM. Hakikatnya, SAMM mencetak booklet ini sebanyak 2 kali cetakan iaitu 40 ribu naskhah untuk cetakan pertama dan 20 ribu naskhah lagi.

Seperti bahan-bahan pendidikan politik yang diterbitkan sebelum ini, segala kos cetakan booklet ini juga adalah menggunakan tabungan SAMM dan juga sumbangan orang ramai. Ketika ini, SAMM masih menanggung hutang sebanyak RM 9500.00 kepada pihak pencetak.

SAMM menyedari permintaan booklet ini masih banyak. Akan tetapi, dukacitanya SAMM tidak lagi mampu untuk menampung kos penerbitan booklet ini. Maka, booklet The Malaysian Dilemma : Wajah Sebenar Mahathir Versi PDF dilancarkan. Diharapkan semua lapisan rakyat untuk mencetak dan menyebarkan booklet kecil ini. Booklet versi PDF ini boleh dimuat turun di www.anakmudamalaysia.com/e-booklet.

SAMM juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang, penyokong dan pendokong kami selama ini. Tanpa anda semua, SAMM tidak akan berdaya untuk melakukan usaha pencerahan politik rakyat.

Kepada pihak-pihak yang ingin menyumbang untuk projek pendidikan politik rakyat seterusnya seperti hak mengundi, pemahaman demokrasi berperlembagaan dan Perlembagaan Persekutan, dan lain-lain, boleh menghantar sumbangan ini ke akaun berikut : Maybank Solidariti Anak Muda : 555041113224

Sehingga hari ini, Mahathir masih lagi tidak memberikan jawapan terhadap jemputan sebagai panel Hot Seat #Nothing2Hide yang dianjurkan SAMM. Jika Mahathir benar-benar tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang zaman Pemerintahannya, mengapa begitu takut untuk berhadapan dengan rakyat dan mangsa-mangsa kezaliman politiknya. Jadilah seorang Negarawan yang benar-benar berani.

Sekian,

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.