Home » All Post, Headlines, SAMM

Adakah pemuda Umno disebalik kekecohan pembelian hartanah Mara di Australia ?

Submitted by on July 5, 2015 – 12:14 PMNo Comment

Adakah pemuda Umno disebalik kekecohan pembelian hartanah Mara di Australia ?

Baru ini kecoh kononya berlaku kebocoran dalam proses pembelian hartanah oleh MARA di Australia.

Sebuah blok apartmen di pinggir bandar Melbourne di Caulfield yang dikenali dengan nama The Dudley International House telah dijual pada harga AUS $ 22.5 juta kepada MARA pada tahun 2013. Menariknya, pemaju Australia telah bersetuju untuk menjualnya hanya AUS $ 17.8 juta. Tambahan AUS $ 4.70juta dikatakan telah dibayar untuk melicinkan perjanjian dan penjualan tersebut.

The Dudley International House, yang sangat dekat dengan kampus Monash University Caulfield, dicas pada AUS $ 300 – AUS $ 450 seminggu untuk penginapan sekurang-kurangnya enam bulan. Berdekatan dengannya, juga terdapat pusat membeli-belah Chadstone, Stesen Kereta Api Caulfield, dan lain-lain kemudahan.

Yang mahu ditimbulkan di sini ialah benarkah , orang kuat pemuda Umno, adik beradik Erwin Azizi dan Erwan Azizi dikatakan telah memudahkan perjanjian dan pembelian The Dudley International House itu dengan rangkaian pengaruh di dalam MARA melalui anak syarikat yang telah diambil alih oleh beberapa bekas ahli politik Malaysia.

Erwan Azizi adalah Pengarah Eksekutif Optimus Capital Sdn Bhd, Pengarah Pembangunan Newlake Sdn Bhd, Pengarah Bukan Eksekutif Biosis Group Berhad (Bursa Saham Kuala Lumpur: BIOSIS, kod 7193) dan Pengarah Urusan Tronoh Melayu Palm Oil Sdn Bhd. Beliau belajar di Alice Smith School Kuala Lumpur, sebelum meneruskan pengajian di United World College SEA dan Regents Business School.

Manakala abangnya, Erwin Azizi ialah Ketua Pegawai Eksekutif Midwest Equity Sdn Bhd, serta Pengurus Pelaburan di Malaysia Ventures Management Inc. (anak syarikat Ambank Group) dan FreeMarket Global (UK) Ltd. Erwin juga merupakan Timbalan Pengarah bagi Kelab Porsche Malaysia.

Hasil semakan terhadap Biosis Group Berhad pula menemukan bahawa syarikat tersebut di Pengerusikan oleh Khairul Azwan Bin Harun atau lebih dikenali dengan nama Azwanbro yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO!

Sayap pemuda Umno kebelakangan inikelihatan amat lemah bukan sahaja dalam memperjuangkan isu berkaitan orang Melayu malah untuk membela parti itu sendiri kelihatan lemah. Adakah kerana Pemuda Umno zaman YB Khairy Jamaluddin menjadi medan mengunpul popularity dan kekayaan semata ?

Skandal pembelian The Dudley International House ini seakan akan mengulangi skandal ECM LIBRA dan penjualan MV Agusta pada harga 1 euro yang heboh satu ketika dulu di mana menjadi alasan Mahathir melawan Abdullah. Namunsetelah Abdullah jatuh dengan cara hina, Mahathir akhirnya selesa dengan Khairy kerana sayap pemuda kini menjadi gerakan senyap bagi menjatuhkan Najib secara tidak langsung mencapai cita – cita Mahathir.

Salah ke sekiranya kita bertanya, apakah pemimpin – pemimpin sayap Pemuda yang ada hari ini benar – benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara juga parti atau sekadar menggunakan kedudukan mereka untuk menambah kekayaan yang boleh dibelanjakan untuk berhibur dan kekayaan diri.

Tulisan ini ditujukan buat sayap pemuda Umno dan nama – nama disebut mohon untuk respon pertanyaan tersebut.

Tulisan : Zulkifli Ibrahim, Penyelaras SAMM Kebangsaan (5 Julai 2015)

bisis mara australia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.