Home » All Post, Headlines

Bila Ahli Politik Berstatus Muflis Menyuarakan Kritikan

Submitted by on July 6, 2015 – 4:13 PMNo Comment

Kenyataan Media
6 Julai 2015

Bila Ahli Politik Berstatus Muflis Menyuarakan Kritikan

1. Baru terbaca sebuah laporan berita dua minggu yang lalu di mana seorang ahli politik yang juga ahli perniagaan muflis cuba mengkritik cheGubard Pengasas SAMM dengan mengelirukan maklumat.

2. Saya beranggapan kritikan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam sebuah laporan media online bertarikh 18 Jun lalu harus dijawab oleh cheGuBard kerana ia cubaan mengelirukan maklumat dengan harapan memberi persepsi yang tidak baik.

3. Saya sendiri bertanya kepada cheGubard mengapa tidak jawab berita tersebut yang jelas menyebut nama beliau. CheGuBard dengan santai menjawab, betapa beliau tidak melayan ahli politik muflis yang nak uruskan kewangan sendiri pun tidak mampu, maka bagaimana nak urus masyarakat?

4. Saya tidak faham bagaimana ahli politik muflis ini boleh mengatakan cheGubard membela Najib. Adakah apabila mahathir gagal menjawab hujah maka dialihkan isu dengan Najib mempunyai kesalahan lebih besar?

5. Ini saling tak ubah seperti apabila ahli politik muflis ini sendiri gagal urus kewangan diri, gagal bayar hutang tetapi menyalahkan Perdana Menteri kerana mufliskan dia.

6. Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sebelum diistihar muflis dia ada minta pertolongan Najib tetapi oleh kerana Najib enggan bantu, Khairuddin berpaling tadah sokong Mahathir serang Najib. Ini sikap kebanyakan orang umno dan mentaliti dibentuk mahathir, gunakan kedudukan bermewah, sampai berkahwin artis dengan menawar kemewahan dan akhirnya sampai tidak mampu bayar hutang dan menyalahkan orang lain.

7. Saya juga mohon semua pihak agar tidak keliru, ditegaskan kempen #SudahlahMahathir termasuk jemputan forum #Nothing2hide bukanlah bermakna menyokong Najib. Najib juga perlu didepani oleh rakyat tetapi Mahathir bukanlah sosok hero malah 22 tahun pemerintahannya mengumpul banyak kesalahan yang menjerut rakyat sehingga ke hari ini.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

level chegubard

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.