Home » All Post, Headlines, SAMM

Cukuplah Najib. Tunjukkan keberanian, ambil cuti dan biar SPRM siasat

Submitted by on July 6, 2015 – 12:25 PMNo Comment

Kenyataan Umum
4 Julai 2015

Cukuplah Najib. Tunjukkan keberanian, ambil cuti dan biar SPRM siasat

Pentadbiran rejim Najib Razak terus dipalit dengan skandal demi skandal. Tidak dapat disangkal lagi, Najib merupakan Perdana Menteri paling lemah dan korup dalam sejarah tanahair. Pendedahan terkini wang 1MDB yang bernilai sekitar USD 700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya menambah lagi wajah hodoh Najib dan Rosmah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pernah menggelarkan pasangan perdana ini sebagai Bonnie and Clyde – pasangan perompak tersohor dalam sejarah Amerika Syarikat. Bezanya, Najib dan Rosmah berselindung dengan aparat Kerajaan untuk merompak wang dan dana amanah rakyat.

SAMM dengan ini menegaskan Najib perlu tampil berani untuk mengambil cuti seketika bagi membuka laluan siasatan terperinci dilakukan terhadap skandal 1MDB. Be A Gentleman, Najib. Najib juga perlu berani untuk membiarkan SPRM, LHDN dan PAC untuk menjalankan satu siasatan yang terperinci dan telus.

Sementara itu, SPRM jangan cuba mahu memperbodohkan rakyat dengan kenyataan akan menyiasat Najib. SPRM adalah sebuah Suruhanjaya dibawah Jabatan Perdana Menteri. Apa pun hasil siasatan itu nanti pasti akan menimbulkan persepsi terhadap kewibawaan dan ketelusan SPRM dalam melakukan siasatan. Apakah tidak akan wujud tekanan semasa siasatan dijalankan memandangkan Orang Yang Disiasat itu sedang memegang tampuk tertinggi Pemerintahan Negara? Ini persoalan yang bakal bermain di benak bukan sahaja rakyat bahkan masyarakat Antarabangsa.

Najib perlu sedar akan keadaan ini. Situasi hari ini sedang tenat. Imej negara semakin merudum kerana skandal 1MDB ini. Jika Najib terus berdegil tidak mahu mengambil cuti sehingga siasatan selesai dijalankan, SAMM khuatir kredibiliti SPRM akan lebih merosot dan tercalar andainya SPRM membebaskan Najib nanti.

Selagi mana Najib terus memperalatkan aparat Kerajaan Persekutuan untuk menghalalkan segala kecurangan pentadbiran ekonomi negara ini, selagi itulah keadaan ekonomi negara tidak akan dapat dipulihkan. Gubal lah pelbagai polisi fiskal tetapi jika persepsi Perdana Menteri korup di mata masyarakat pelabur antarabangsa tidak dipulihkan, negara ini tetap berdepan dengan suasana ketidaktentuan ekonomi.

SAMM memberi amaran dan ingatan kepada Najib dan Rosmah. Jangan cabar kesabaran rakyat. Jika rakyat sudah hilang kesabarannya, kamu akan dihambat keluar daripada Putrajaya. Tidak perlu Mahathir, tidak perlu perseturuan di dalam parti kamu untuk menjatuhkan kamu tetapi rakyat akan bersatu hati mengheret kamu jatuh ke bumi.

Cukuplah Najib. Rakyat hari ini sudah cukup menderita dan letih untuk memenuhi nafsu dan kehendak boros kamu dan Rosmah. Kamu perkenal GST, naikkan harga minyak dikala harga minyak dunia menyusut, nilai Ringgit Malaysia yang lemah sedang kamu dan Rosmah terus berbelanja boros untuk perhiasan peribadi kamu berdua.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

najib_razak

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.