Home » All Post, Headlines

Lawatan Kerja SAMM Ke Indonesia

Submitted by on July 31, 2015 – 10:18 AMNo Comment

Kenyataan Umum
28 Julai 2015

Lawatan Kerja SAMM Ke Indonesia

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan berkunjung ke Jakarta, Indonesia dalam satu rangka lawatan kerja bermula daripada 29 Julai 2015 sehingga 31 Julai 2015. Lawatan Kerja ke Indonesia ini adalah merupakan program berkala 2 tahun sekali dan ini merupakan lawatan kerja ke Indonesia kali ketiga yang dilaksanakan untuk mengukuhkan persahabatan di antara SAMM dengan rakan aktivis dari negara lain.

Dalam lawatan kerja tersebut, delegasi SAMM akan bertemu dengan aktivis-aktivis muda Indonesia daripada pelbagai latar, mengunjungi beberapa Institut Pemikir dan juga kunjungan mesra dengan media-media Indonesia. Lawatan kerja ini mempunyai misi untuk bertukar pandang mengenai gerakan massa di kedua-dua negara dan mengukuhkan hubungbaik SAMM dengan pelbagai organisasi Massa sekitar negara ASEAN.

Lawatan kerja ke Jakarta kali ini sedikit menarik dan juga berbeda kerana kebetulan SAMM sedang dalam kempen #SudahlahMahathir. Beberapa media tempatan Indonesia agak tertarik dengan polemik politik Malaysia dan kempen ini, maka kami juga akan memenuhi undangan beberapa media besar Indonesia untuk bertukar pandangan dan sesi temuramah berhubung perkara ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM

logo samm

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.