Home » All Post, Headlines, SAMM

Menukar Perdana Menteri Mengikut Telunjuk Mahathir Bukan Penyelesaian Sebenar

Submitted by on July 14, 2015 – 11:30 AMNo Comment

mukasurat 1Kenyataan Umum
14 Julai 2015

Menukar Perdana Menteri Mengikut Telunjuk Mahathir Bukan Penyelesaian Sebenar

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik perutusan Anwar Ibrahim berhubung polemik pertembungan politik lokal dewasa ini. Sememangnya semenjak sebulan yang lalu, SAMM telah pun menggariskan sikap dan pendirian kami yang menolak Mahathir untuk sekali lagi campur tangan mencatur kepimpinan negara.

SAMM dalam kempen #SudahlahMahathir telah membawakan tema Anti-Mahathir ekoran daripada sikapnya yang menentang Perdana Menteri bukanlah ikhlas bersandarkan kepada persoalan negara ini perlu diperbetulkan sebaliknya hanya menjurus kepada usaha menyelamatkan UMNO/BN daripada tewas dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Mahathir bersuara kerana rakyat tetapi hanya apabila kehendaknya tidak ditunaikan dan Perdana Menteri “lantikannya” gagal mengikut arahan atau menjadi bonekanya. Rakyat hanya dipergunakan semata-mata. Memang kepakaran Mahathir untuk memanipulasi keadaan demi kepentingan peribadi tetapi disadur luarnya atas nama rakyat.

SAMM juga telah berulang kali menyatakan bahawa proses menukar Perdana Menteri mengikut telunjuk Mahathir bukanlah satu pilihan yang baik sebaliknya hanyalah satu tindakan kosmetik yang sia-sia. Bergantilah walau siapa pun daripada regim yang korup, ia hanyalah sekadar menukar polisi dan modus operandi merompak khazanah negara dan menindas rakyat terbanyak.

Negara ini berada dalam keadaan ketidaktentuan. Ekonomi, politik, perpaduan antara masyarakat dan sebagainya telah menjadi sangat rapuh. Ia bukan silap seorang individu semata-mata sebaliknya kerosakan ini berlaku ekoran daripada kepincangan sistem yang terhasil daripada sebuah regim yang mekar dengan korupsi, salahguna kuasa dan kronisme.

1375944_408780422664146_6338050362092116361_nRakyat Malaysia secara umumnya perlu sedar akan hal ini. Jangan terus-terusan terperangkap dengan impian palsu seorang Negarawan Korup. Sudah sampai masanya seluruh rakyat bangkit dan bersatu menuntut perubahan politik demi menyelamatkan tanahair.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.