Home » All Post, Headlines

Muhyiddin: Diam yang berisi

Submitted by on July 30, 2015 – 10:15 AMNo Comment

Muhyiddin: Diam yang berisi

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi satu kegemparan akhir-akhir ini. Ramai penganalisis politik menjangkakan Dato Seri Najib yang akan tersungkur kesan daripada skandal 1MDB nya. Namun yang terjadi adalah sebaliknya.

Itulah politik.

Segala jangkaan yang kita lihat menjurus kepada jawapan menjadi sebaliknya. Malah perkara yang kita tidak terfikir akan berlaku boleh berlaku.

Ramai yang menjangkakan Muhyiddin akan melawan. Paling tidak seperti Anwar pun, pasti Muhyiddin akan mengulas panjang tentang skandal 1MDB yang kononnya dia tahu lebih sedikit daripada pihak wartawan.

Namun hampa. Malah Muhyiddin menyatakan dia akan terus istiqamah dalam UMNO.

Tentu perkara ini menjadikan kita semua kecewa. Paling kecewa tentunya Ummi Hafilda. Dia yang lama menghilang tiba-tiba muncul di rumah Tan Sri Muhyiddin cuba membeli insurans.

Saya melihat langkah Muhyiddin ini adalah satu langkah politik terbaik setakat ini. Beliau kelihatan mengundur setapak untuk memperkemaskan tapak dan akan menyerang dengan lebih bertenaga nanti.

Saya juga menjangkakan Najib akan lebih bimbang dengan langkah Muhyiddin ini. Muhyiddin cuba mencari simpati politik daripada seluruh ahli Umno seluruh negara.

Malah Muhyiddin dilihat meraih simpati daripada seluruh rakyat kerana sejuta masalah dan kesakitan yang dipaksakan ke atas rakyat.

Perkara ini tentunya menjadi lebih menarik kerana Tun Mahathir pastinya akan membantu menyegerakan kejatuhan Najib melalui Muhyiddin.

Saya yakin, diam Muhyiddin bakal menjadi diam ubi. Diam yang penuh berisi. Namun, saya sangat berharap ubi itu nanti isinya akan memberi kebaikan kepada rakyat.

Saya menantikanya!

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

230px-MuhyiddinUS

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.