Home » All Post, Headlines, SAMM

Muslihat US Ubah Kedudukan Malaysia Dalam Laporan Anti Pemerdagangan Manusia?

Submitted by on July 28, 2015 – 10:13 AMNo Comment

Tulisan Umum
28 Julai 2015

Muslihat US Ubah Kedudukan Malaysia Dalam Laporan Anti Pemerdagangan Manusia?

Hari ini terdapat 2 peristiwa yang penting yang akan menjadi sejarah dalam pembentukan Negara Bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Satunya adalah pertembungan politik domestik antara Najib dengan Muhyiddin.

Jauh daripada itu adalah tindakan Amerika Syarikat yang secara tiba-tiba mengubah kedudukan Malaysia yang sebelum ini berada di Tier 3 dalam Laporan Anti Pemerdagangan Manusia, Jabatan Negara Amerika Syarikat kepada Tier 2. Tidak ramai di kalangan rakyat kita yang sedar mengenai kepentingan laporan ini. Apa pentingnya perubahan ini dilakukan?

Malah, daripada deretan negara yang berada di Tier 3 ini hanya Malaysia dan Cuba sahaja yang meningkat kedudukannya. Adakah benar jenayah pemerdagangan manusia telah menjadi begitu baik di Malaysia?

Saya tidak fikir begitu. Masakan Amerika Syarikat tidak mengetahui kisah penemuan kubur besar mangsa sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand. Malah, semalam, Wall Street Journal (WSJ) telah mengeluarkan laporan mengenai penindasan yang dilakukan terhadap pekerja migran di sebuah ladang dekat Jempol, Negri Sembilan.

Perubahan kedudukan ini sememangnya bermotifkan politik dan mempunyai kaitan langsung dengan Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA). Presiden Obama sudah hampir sampai ke penghujung penggal pemerintahannya dan TPPA adalah satu kemestian yang perlu dilunaskan oleh Obama sebelum meninggalkan Rumah Putih.

Sekiranya Malaysia terus kekal berada di kedudukan Tier 3, ia akan merencatkan perjanjian tersebut. Kebiasaannya, pentadbiran Rumah Putih akan menemui halangan untuk menandatangani perjanjian perdagangan Fast Track dengan negara di dalam kelompok itu.

Sudah pasti, kali ini Obama amat terdesak kerana menjelang Jumaat nanti, satu pertemuan Menteri-Menteri negara TPPA akan berlangsung di Hawaii. Tanpa laporan ini dikemaskini, TPPA bagaikan dihujung tanduk.

Dan Najib juga bijak untuk menutup kemunculan laporan ini dengan memecat Muhyiddin daripada Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya, isu tindakan politik Rumah Putih tidak akan diperbesarkan, malah jikalau Malaysia bersetuju untuk menandatangani perjanjian TPPA ini nanti, ia tidak akan mengundang respon negatif daripada rakyat.

Pastinya, seminggu dua ini rakyat Malaysia akan lebih ghairah bercerita mengenai Muhyiddin dipecat. Tanpa sedar sebenarnya, agenda penjajahan kapitalis Uncle Sam sudah semakin hampir di pintu negara kita. Saya yakin ia akan diselesaikan di Hawaii hujung minggu ini.

Selamat Datang TPPA

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM

TPPA-300x202

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.