Home » All Post, Headlines, SAMM

Negara Dalam Krisis, Kembali Kepada Kuasa Rakyat

Submitted by on July 7, 2015 – 3:42 PMNo Comment

Kenyataan umum
7 Julai 2015

Negara Dalam Krisis, Kembali Kepada Kuasa Rakyat

1. Tengahari ni SAMM telah menghantar wakil memenuhi jemputan pejabat ketua pembangkang bagi membincangkan masalah negara dan mencari penyelesaian di Parlimen Malaysia.

2. Tanpa selindung SAMM tidak sorok rasa kecewa apabila kebanyakan pemimpin khususnya dari parti politik hanya bercakap soal bergantung pada sistem. Bagaimana mahu percaya pada sistem bilamana Ketua Pembangkang sendiri dinafikan hak menggunapakai kemudahan Parlimen sehingga terpaksa bermesyuarat di Padang Kawad.

3. Apa erti mendesak Najib berundur tetapi Muhiyuddin ambil alih ? Bukankah dana yg disebut konon masuk ke akaun Najib itu dimaklumkan oleh media asing untuk dana PRU BN? Maka isu ini bukan sahaja isu Najib tetapi isu keabsahan kerajaan yg dibentuk. Bukan saja Najib tetapi Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan semua puak BN menang haram kerana guna dana awam dengan jumlah berlebihan daripada yang dibenarkan.

4. Kita tak perlu bergantung pada pendiri-pendiri sistem yang korup contohnya Dr. Mahathir. Jika kita sandarkan laporan Asian Wallstreet Journal sebagai pembongkar korup Najib, bukankah editor kanan AWSJ juga pernah nyatakan Mahathir telah lesapkan tak kurang dari RM 100 bilion ketika pemerintahannya. Maka jika Najib hilang RM 42 billion melalui 1MDB, Mahathir pula hilang RM 100 bilion yg mana jika ditambah / ambilkira nilai inflasi dan nilai matawang maka hampir RM 200 bilion telah Mahathir lesapkan.

5. Maka SAMM mendesak kembalikan kuasa rakyat. Kerajaan dibentuk tidak sah. Satu pilihanraya harus diadakan. Sementara itu negara harus dikendalikan oleh “Care Taker Government” yang dibentuk dari semua parti dalam Malaysia.

6. Mengambil kesempatan ini SAMM juga kecewa dengan Ahli Parlimen yang tak hadirkan diri tadi. Wakil masyarakat dari NGO dan aktivis datang dari jauh dan dekat bersusah payah meloloskan sekatan polis tetapi ada Ahli Parlimen yang banyak membuat komen termasuk dari PR dan BN sendiri tak berani juga malas hadir nyatakan sikap. Sebagai contoh YB Hj. Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang.

7. Untuk merealisasikan semua ini pasti sukar tetapi apa pilihan yang ada. Sistem yang ada pasti tidak membenarkan maka gembelingkan kuasa rakyat dengan segera. Jangan tunggu lama.

Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
**kenyataan sebaik selepas pertemuan di padang kawad parlimen Malaysia.

????????????????????????????????????

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.