Home » All Post

Ubat Kuat Jenis Apa Yang Najib Gunakan?

Submitted by on July 3, 2015 – 12:20 PMNo Comment

Ubat Kuat Jenis Apa Yang Najib Gunakan?

Pendedahan terbaru NSJ (News Street Journal) tentang bagaimana sebanyak Usd700 juta dimasukkan di dalam akaun peribadi Najib adalah satu pendedahan paling menarik dan mengejutkan.

Pendedahan ini merupakan siri serangan yang berterusan dan ia dilihat sebagai antara serangan terbaik pernah dilakukan.

Kita semua sedar, bila Mahathir memilih Najib sebagai pengganti Pak Lah, Najib akan menjadi lembu cucukan hidung terbaik Tun Mahathir kerana isu Altantuya yang membelengu Najib.

Namun, ternyata bidikan rakyat tidak tepat dan tersasar. Najib melawan dan masih mampu bertahan dalam pilihanraya umum walau tidak cemerlang. Malah Kedah dan Perak kembali menjadi negeri Barisan Nasional.

Selain Altantuya, masalah terbesarnya ialah Rosmah. Imejnya yang buruk, berbelanja mewah, queen control dan menjadikan imej sebagai isteri Perdana Menteri begitu berkuasa apa sahaja sangat menyakitkan hati dan mata rakyat.

Namun Najib bukan entengan. Beliau terus berkuasa. Tanpa apa-apa simbol kejayaan yang besar selain 1Malaysianya dan BRIM, Najib masih dipersada Putrajaya.

Malah di zamannya ekonomi rakyat begitu menekan, minyak dinaikkan tanpa mempedulikan kesempitan rakyat, kejatuhan nilai ringgit di tahap terendah malah harga barangan meningkat tinggi dengan kehadiran gst.

Dimanakah sebenarnya kekuatan Najib? Ubat kuat jenis apakah yang digunakan?

Atau sebenarnya ia adalah kelemahan rakyat Malaysia yang sememangnya begitu. Sepertimana kata Mahathir, Melayu adalah pelupa yang terbaik yang pernah ada dimuka bumi ini.

Di negara- negara lain, mereka tidak memerlukan sesuatu yang seteruk Najib lakukan untuk kerajaan mereka tumbang. Cukup dengan hanya menaikkan harga minyak dan beberapa rasuah politik. Rakyat bangkit rentap pemimpin sebegitu.

Anda tahu kenapa Najib gagah atau ubat kuat apa yang digunakan oleh Najib sekarang? Ya, kita. Kitalah ubat kuat itu. Kita terlalu naif dan menjadi bangsa yang hanya marah untuk sementara dan tega diri diperkotak- katikkan.

Kenapa kita menjadi begitu, kerana kita telah lama di asuh dan didodoikan. 22 tahun di zaman Tun Mahathir, kita berjaya menjadi lembu cucukan hidung pemimpin.

Ayuh rakyat Malaysia. Kita berubah. Inilah masanya. Jangan nanti kita dihina oleh anak cucu kita kerana lemahnya kita di zaman kita.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

mahathir najib

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.