Home » All Post, Headlines, P.Pinang

Halang Sekolah Sertai Hari Kebangsaan Peringkat Negeri: Kementerian Pelajaran Tidak Faham Konsep Persekutuan

Submitted by on August 23, 2015 – 5:23 PMNo Comment

Kenyataan Media
23 Ogos 2015

Halang Sekolah Sertai Hari Kebangsaan Peringkat Negeri: Kementerian Pelajaran Tidak Faham Konsep Persekutuan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang mengecam tindakkan Kementerian Pelajaran yang memberi arahan supaya semua sekolah di Pulau Pinang diharamkan menyertai sambutan Hari Merdeka anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Di mana salahnya bagi sesebuah kerajaan negeri melaksanakan sambutan hari kemerdekaan di peringkat negeri?

Ini sambutan hari kemerdekaan negara. Tindakan kementerian langsung tidak mencerminkan semangat cintakan negara sebaliknya cuba menyuburkan kebencian warga terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pentadbiran Najib Razak juga tidak sepatutnya menjadi seperti Mahathir pada zamannya yang tidak hormati demokrasi berperlembagaan. Kerajaan P.Pinang adalah sebuah kerajaan negeri yang telah dipilih majoriti rakyat Pulalu Pinang.

Semua pihak harus faham bahawa Malaysia ini adalah sebuah ‘persekutuan’ di mana negeri juga mempunyai kuasa dan kedaulatan yang dijamin perlembagaan. Ini termasuklah penganjuran acara sambutan ulangtahun kemerdekaan negara di peringkat negeri. Tindakan ‘halang’ tersebut bererti kementerian dan menterinya tidak faham konsep semangat perlembagaan.

SAMM P.Pinang menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran sambutan hari kemerdekaan oleh Kerajaan Penang dan mengucapkan tahniah buat juga ketua menteri Lim Guan Eng yang istiqomah melaksanakan acara tersebut. Malah SAMM P.Pinang juga bersedia untuk turut bersama dalam sambutan hari kebangsaan peringkat negeri.

Sekian

Aidil Fitri Ibrahim
Penyelaras SAMM P.Pinang

pekeliling

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.