Home » All Post, Headlines, SAMM

Himpunan 1 Ogos: SAMM Desak Bebaskan Semua Tahanan Serta Merta!

Submitted by on August 2, 2015 – 12:35 PMNo Comment

Kenyataan Media
1 Ogos 2015

Himpunan 1 Ogos: SAMM Desak Bebaskan Semua Tahanan Serta Merta!

Tangkapan seramai hampir 30 orang di perkarangan SOGO hari ini disifatkan sebagai satu tindakkan yang melampau oleh pihak berkuasa.

Setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun selagi perhimpunan berjalan dengan aman, malah pihak berkuasa seharusnya memastikan keselamatan para peserta demo, bukan menangkap dan melokap mereka.

Sudah berkali-kali ditegaskan bahawa hak untuk rakyat berhimpun itu termaktub dalam perlembagaan negara. Apakah mereka yang berhimpun itu merompak wang negara sehingga diberkas umpama penjenayah?

Justeru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan rakus dan mendesak pihak berkuasa membebaskan segera semua tahanan yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak muda dan mahasiswa.

Dalam perkembangan sama, SAMM akan melangsungkan “Rapat Kebangsaan 02/2015” pada 8-9 Ogos ini bertempat di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) di Seremban. Segala keputusan keterlibatan SAMM akan ditentukan dalam rapat kali ini.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

tangkap najib sogo

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.