Home » All Post, Headlines, Johor

Jangan Heret Istana Johor Dalam Pertikaian Politik

Submitted by on August 11, 2015 – 11:02 AMNo Comment

Kenyataan Umum
10 Ogos 2015

Jangan Heret Istana Johor Dalam Pertikaian Politik

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor amat kesal dengan penularan berita kononnya Najib dihalang daripada mendarat di Lapangan Terbang Senai kononnya atas Titah DYMM Sultan Johor. Ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab untuk cuba mengheret institusi DiRaja Johor dalam pertembungan politik domestik.

Sebagai seorang Sultan, SAMM Johor amat yakin DYMM Sultan Johor memahami bidang kuasa Baginda. Jadi tindakan penyebaran rantaian berita itu bersifat fitnah dan menghina Istana Johor. Justeru, SAMM Johor membantah keras tindakan memperkotak-katikkan institusi Istana Johor.

SAMM Johor bukan mempertahankan Najib tetapi keadaan politik negara tidak akan bertambah baik jika semua watak-watak politik bermain dengan garis bohong dan gossip tidak kira sama ada daripada pihak UMNO/BN ataupun Pembangkang. Adalah amat mengecewakan apabila semua pihak mula menayangkan wajah sebenar – terlampau ghairah bermain dengan politik bohong dan gossip.

Adakah seruan politik nilai selama ini hanya retorik semata-mata? Politikus tidak sepatutnya mengajar rakyat khususnya anak muda untuk bermain dalam kotak pembohongan dan gossip semata-mata.

SAMM Johor memperingatkan semua politikus yang gemar bermain dengan politik bohong dan gossip ini akan kisah Gembala Kambing dengan Serigala. Jika terlalu banyak sangat berbohong nanti rakyat akan tidak mempercayai kamu lagi. “Frequent lie makes people distrust you”.

Sebaliknya ada sosok politikus yang disaman berikutan isu cincin tetapi kemudiannya menyatakan bahawa beliau hanya bergurau sahaja. Tindakan ini bukan sahaja meremehkan usaha SAMM mendedahkan isu Cincin Rosmah Mansur ini tetapi kecelaruan pemikiran seorang politikus. Perkara yang benar dikatakan gurauan tetapi perkara yang bohong dijaja sebagai benar.

SAMM Johor tidak faham bagaimana ada yang boleh melupakan dan mempercayai Mahathir yang menjadi raja fitnah memulakan politik kotor jijik di Malaysia. Mahathir adalah UMNO, begitu juga Najib adalah UMNO. Dalam keadaan ini, semua pihak patut hadapi kemungkaran UMNO dengan bijak.

Hadzril Rizal Husin
Penyelaras SAMM Johor

JOhor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.