Home » All Post, Headlines

Lahirnya Kooperasi SAMM

Submitted by on August 24, 2015 – 3:29 PMNo Comment

Tahniah kepada semua komrad SAMM di seluruh negara.

Pelbagai dugaan kita lalui, pelbagai rintangan kita hadap tanpa putus asa… Di medan jalanraya, di pentas forum dan di meja perbincangan, saban tahun kita beraksi tanpa mengharapkan apa jua balasan, hanya demi tanahair tercinta…

Kita letak SAMM di depan, kita utamakan gerakan dan kita pertahan garis yang kita lentur bersama…

Akhirnya kita maju selangkah dengan lahirnya sebuah koperasi SAMM demi ekonomi anak muda, ini juga akan kita sama pertahankan!

SAMM akan terus menerpa ke hadapan, dengan gaya dan strategi tersendiri, dengan seni perlawanan yang lebih halus dan matang. Tanpa sumber pun kita mampu bergerak laju, inshaAllah selepas ini kita akan menempuhi era yang berbeza bersama iltizam merdeka yang sebenar.

Ayuh semua komrad, jangan toleh lagi. Majulah dengan semangat API Muda menggapai cita-cita, mencipta sejarah!

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda

koperasi

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.