Home » All Post, Headlines, SAMM

Rumusan Lawatan Kerja SAMM ke Jakarta, Indonesia

Submitted by on August 1, 2015 – 11:28 AMNo Comment

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun selesai mengadakan lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia iaitu bermula pada 29 Julai sehingga 31 Julai 2015.

IMG_1438

Saudara Nor Kholis, Ketua KOMNAS HAM menerima baju-T SAMM sebagai cenderahati

Lawatan kali ketiga ini telah dimulakan dengan kunjungan ke Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (KOMNAS HAM) Indonesia dan disambut oleh Ketua KOMNAS HAM, Saudara Nor Kholis. Antara intipati pertemuan selama satu jam ini adalah perbincangan mengenai Hak Asasi Manusia di Malaysia dan Indonesia, isu-isu politik semasa kedua-dua negara, gerakan aktivisme anak muda berkait hak asasi di kedua-dua negara sehinggalah kepada isu pelarian Rohingya, Afghanistan dan Pakistan.

Pemimpin NGO Greenpeace Indonesia

Pemimpin NGO Greenpeace Indonesia

Di KOMNAS HAM juga, Delegasi SAMM berkesempatan bertemu dan bertukar maklumat perhubungan dengan pimpinan NGO Greenpeace Indonesia agar dapat meneruskan perbincangan dan pertukaran pandangan di masa akan datang mengenai isu pemanasan global dan rancangan Malaysia untuk mewujudkan janakuasa nuklear.

Pertemuan bersama Ketua-Ketua Editor dan Editor Kanan Beberapa Media Utama Indonesia

Pertemuan bersama Ketua-Ketua Editor dan Editor Kanan Beberapa Media Utama Indonesia

Kemudiannya, Delegasi SAMM telah memenuhi jemputan daripada beberapa Ketua Editor Media Indonesia di Ibu Pejabat MNC Indonesia. Bertukar pandangan mengenai isu politik semasa terutamanya kempen #SudahlahMahathir yang menjadi perhatian teman-teman di Indonesia. Mereka memahami akan keperluan untuk mendiamkan anak murid Soeharto dari Malaysia itu.

IMG_1534

Lawatan kerja kali ini turut bertemu dengan aktivis-aktivis marhaen Indonesia seperti Bung Taufiq dan Bung Dedy yang sangat aktif semasa gerakan menjatuhkan Soeharto dahulu. Kami bertukar pandangan mengenai gerakan anak muda Nusantara dan ASEAN. Hasil pertemuan ini juga kami mencapai persetujuan untuk menggerakkan satu konvensyen anak muda Nusantara.

IMG_1533

Selain itu juga, kami juga berdiskusi bagaimana teman-teman aktivis Indonesia berjaya melahirkan anak muda yang mempunyai pemikiran dan bacaan politik yang kritis. Malah, persetujuan juga dicapai untuk menghantar beberapa komrad SAMM mengikuti latihan aktivisme bersama dengan organisasi massa marhaen di kota Jakarta nanti.

IMG_1531

Delegasi SAMM juga sempat mengadakan diskusi santai sambil minum petang dengan sekumpulan pelajar Malaysia di Jakarta. Mereka begitu mengambil berat polemik politik tanahair terutamanya kempen #SudahlahMahathir dan pertembungan politik dalaman sama ada koalisi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Setelah diberikan penjelasan dan bersoal jawab, kumpulan pelajar ini memahami kepentingan menolak campur tangan Mahathir. Mereka juga bersetuju bahawa untuk menyelamatkan Malaysia, satu perubahan keseluruhan rejim Pemerintah perlu didesak dan direalisasikan bukan sekadar menukar seorang pemimpin sahaja.

IMG_1514

Seterusnya, delegasi SAMM berkunjung ke stesen radio independen, KBR untuk satu temuramah radio secara langsung mengenai kempen #SudahlahMahathir. Kami juga sempat berbicara mengenai cabaran dan realiti kebebasan media di Indonesia hari ini. Kunjungan kami ke KBR ini turut disambut oleh Koresponden BBC Indonesia.

IMG_1516

Lawatan singkat SAMM ini diakhiri dengan pertemuan dengan Ketua Editor Tempo Indonesia. Sebuah media cetak antara yang besar pengaruhnya di Indonesia. Tempo juga amat tertarik dengan perspektif kempen #SudahlahMahathir selepas orang yang mereka anggap sebagai Negarawan Malaysia kelihatan terkial-kial berdepan dengan SAMM sehinggakan secara terbuka di atas pentas menggelarkan Che’GuBard sebagai kucing kurap. Diskusi bersama Tempo agak panjang sehingga hampir mencecah 2 jam.

IMG_1519

Lawatan kerja kali ketiga SAMM ke Jakarta boleh disifatkan berjaya kerana beberapa persetujuan untuk menggerakkan aktivisme anak muda serantau dapat dimeterai. Walaupun ia agak pendek namun ia berjaya mencapai sasaran dan objektif ke arah membentuk jaringan kerjasama aktivisme anak muda serantau yang progresif, dinamik dan kritis.

IMG_1535

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah dikunjungi delegasi kami kali ini. Semoga jalinan kerjasama yang dirintis kali ini akan kekal utuh untuk masa-masa mendatang demi merintis perubahan sosial yang lebih baik di Asia Tenggara.

Ahmad Anwar Asyraf

Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM

1 Ogos 2015

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.