Home » All Post, Headlines, Johor

SAJ Masih Gagal Urus Bekalan Air Bersih Tapi Tarif Naik

Submitted by on August 1, 2015 – 12:43 PMNo Comment

Kenyataan Umum
31 Julai 2015

SAJ Masih Gagal Urus Bekalan Air Bersih Tapi Tarif Naik

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengumumkan kenaikan tarif bekalan air di Negeri Johor. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor melihat perkara ini adalah bukti Kerajaan Negeri Johor dan Syarikat Air Johor pekak dan buta terhadap keadaan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat sekarang ini.

Kenaikan tarif air sekitar 25% ini pastinya akan membebankan seluruh pengguna di negeri Johor. Tarif sebelum ini pun adalah yang tertinggi di Malaysia.

SAJ masih lagi gagal dalam mengawal dan menurunkan kadar Non-Revenue Water (NRW), dan juga dalam masa yang sama gagal memastikan kualiti bekalan air bersih kepada pengguna terutamanya di Daerah Muar. Boleh dikatakan saban bulan rakyat Muar pasti akan berhadapan dengan bekalan air paip yang sangat keruh sehingga terpaksa membuka paip selama lebih 5-10 minit sebelum dapat menikmati air bersih.

Dalam keadaan kelemahan pengurusan perkhidmatan yang tidak dibaiki, SAJ dan Kerajaan Negeri Johor masih terus angkuh menaikkan tarif. Sungguhpun SAMM Johor maklum dengan keputusan Permodalan Aset Air Berhad (PAAP) menaikkan kadar bayaran balik pinjaman, namun kenaikan tarif ini dapat dibendung sekiranya SAJ berjaya mengatasi kelemahan-kelemahan pengurusan bekalan air ini.

SAMM Johor sebagai antara organisasi anak muda Johor membantah keras keputusan SPAN membenarkan kenaikan tarif air Johor di kala rakyat sedang mengalami kesukaran dan impak kenaikan kos sara hidup berbanding pendapatan yang diterima. Kerajaan Negeri Johor sepatutnya memikirkan perkara ini. Sudahlah rakyat Johor tidak mendapat bekalan air percuma seperti di Selangor, tetapi sekarang terus dipaksa membayar lebih lagi.

Sekian

Hadzril Rizal
Penyelaras
SAMM Johor

SAJ

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.