Home » All Post, Headlines

MEMORANDUM KEDUTAAN ARAB SAUDI BERKENAAN TRAGEDI KREN

Submitted by on September 18, 2015 – 4:09 PMNo Comment

MEMORANDUM BERKENAAN TRAGEDI KREN
18 September 2015

Yang Di Hormati Salman bin Abdul-Aziz Al Saud
Pemerintah Arab Saudi

Dihantar melalui
Saudi Arabian Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia
4th Floor, Wisma Chinese Chamber of Commerce
No. 258, Jalan Ampang
P.O. Box 12002
50450 Kuala Lumpur
Malaysia

Mekah Berubah Menjadi Tanah Elitis

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan rakan sekutu gerakan muda di Malaysia ingin merakamkan rasa amat dukacita dengan insiden kren pembinaan jatuh di kawasan Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi. Takziah kepada semua waris-waris mangsa yang meninggal dunia. Moga “syahid” buat mereka di sana.
SAMM menghargai pengumuman pembayaran ganti rugi atau saguhati yang diumumkan oleh kerajaan Saudi baru-baru ini.

Ya, kami beriman dengan qada’ dan qadar tetapi kita juga harus meneliti punca, mengakui masalah dan membaikinya.

SAMM melihat insiden ini berlaku berpunca daripada kecuaian keselamatan di tapak projek. Kerajaan Arab Saudi harus
bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemalangan yang dahsyat ini. Bagaimana kren pembinaan boleh runtuh ketika jutaan umat Islam dari serata dunia tertumpu untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini? Seharusnya Arab Saudi mempertingkatkan aspek keselamatan menjelang musim haji ini.

Kontraktor kapitalis kaya yang meraih untung tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Malah mereka di dalam kerajaan yang membenarkan perkara ini berlaku harus dihukum supaya ia menjadi pengajaran besar buat semua.

Isu ini juga perlu dilihat sebagai kegagalan bukan sahaja Arab Saudi malah dunia Islam keseluruhannya dalam mempertahankan kesucian dan warisan sejarah Islam di Tanah Haram. Sedar atau tidak, mengakui atau tidak hakikatnya 85% warisan sejarah telah dimusnahkan atau berubah kononnya atas nama pembangunan.

Kaabah – kiblat umat Islam ketika solat, kelihatan sangat kecil, tersembunyi disebalik binaan hotel-hotel mewah. Monumen-monumen mewah bertambah banyak dan Mekah telah bertukar dari kota ibadah kepada pusat membeli belah. Mekah kini menjadi kota elitis.

Mekah turut terperangkap dengan perlumbaan menonjolkan kelas kehidupan manusia. Tidak lagi menonjolkan ajaran Islam bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan hanya iman dan taqwa.

SAMM juga amat kesal dengan sikap negara-negara Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan, khususnya Malaysia yang selama ini mengambil pendirian berdiam diri terhadap tindakan Saudi tersebut. Tanah Haram yang sepatutnya mengembalikan zuhud hakikat manusia kini telah menjadi medan mewah, malah tidak keterlaluan Kaabah menjadi semakin kerdil.

Rentetan itu, SAMM tanpa berselindung menyuarakan pandangan sudah tiba masanya untuk dunia Islam memikirkan secara serius agar Tanah Haram ini harus ditadbir oleh sebuah jawatankuasa bebas Islam Sedunia atau sebagai pemulaan kerajaan Saudi sendiri harus membuka ruang untuk dunia islam sama berperanan dalam menjaga kesucian tanah haram ini.

Ibadah Haji dan tanah haram telah menjadi sumber kekayaan tanpa henti digali kapitalis berkepentingan perlu dihentikan segera. Agama bukan bahan dagangan atau medan menunjuk kemegahan kemewahan dunia

Dihantar oleh
Megat Khairul Anuar

Email: [email protected]
Bagi Pihak: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Email: [email protected]
Web fb Alamat: https://m.facebook.com/SAMMKebangsaan
Twitter: SAMMalaysia

** memorandum ini telah diserah kepada Fawwaz, Pegawai Kedutaan Arab Saudi 10.50pg

SAMM Kedutaan Arab Saudi

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.