Home » All Post, Headlines

SAMM sedia atur pertemuan penganjur (PSSCM) dengan J/kuasa BERSIH untuk menjernihkan kekeliruan

Submitted by on September 11, 2015 – 11:17 AMNo Comment

Catatan Umum

10 September 2015.

SAMM sedia atur pertemuan penganjur (PSSCM) dengan J/kuasa BERSIH untuk menjernihkan kekeliruan

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan respon awal mengenai Himpunan Perkauman yang dikatakan hujung minggu ini. Klik sini untuk membaca kenyataan pendirian SAMM.

2. SAMM jelas menjunjung perlembagaan dan hak asas manusia untuk berkumpul dan menyatakan pendapat. Maka merupakan hak bagi geng baju merah berkumpul tanpa diganggu. Bagi SAMM himpunan ini bagi mengalihkan perhatian terhadap isu tuntutan rakyat (khususnya terhadap pilihanraya bersih, bebas dan adil) dan kejayaan BERSIH 4 mengumpulkan rakyat berbilang kaum.

(dengan koleksi bahan mobilisasi penuh provokasi maka matlamat himpunan ini jelas)

3. Seperti biasa parti regim penguasa akan menggunakan isu perkauman bagi mengumpul semula sokongan. Maka himpunan perkauman berbaju merah dianjurkan dengan penuh provokasi perkauman.

keratan dari facebook pimpinan PSSCM
mengumumkan PSSCM sebagai penganjur utama

4. Seperti dijangka setelah mengambil kira kesan negatif khususnya dalam dunia media tanpa sempadan ini maka Umno semalam telah mencuci tangan dengan mengatakan dia tidak terlibat. Usaha mencuci tangan ini bermula awal lagi apabila penganjuran telah diberikan kepada PESAKA dan PESAKA telah menamakan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sebagai penganjur utama.

5. che’GuBard secara peribadi cukup kenal tokoh – tokoh pimpinan utama dalam PSSCM ini. Jujurnya che’GuBard sendiri dididik dalam khususnya dalam ilmu berorganisasi dan pengurusan melalui penglibatan aktif dalam PSSCM sejak 1995 lagi ketika itu dipimpin oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ishak Itam. Ketika itu PSSCM dipimpin oleh tokoh – tokoh yang benar – benar ikhlas demi agama, bangsa dan negara. Malah sifat mandiri berdiri bebas dengan berprinsip SAMM saya duplikasi dari suasana tersebut.  PSSCM ini merupakan medan wadah mendidik anak muda yang praktikal dan berkesan. Ia diterajui oleh Namun kali ini saya khuatir PSSCM dipergunakan oleh kepentingan ahli politik sempit yang memberikan maklumat – maklumat salah kepada PSSCM.

 

(imej solat berjemaah di lokasi utama BERSIH 4)

6. BERSIH 4 bukan himpunan orang cina atau bukan Islam, ia gambaran salah media kawalan pemerintah. Jika dilihat imej ramainya dalam solat berjemaah ketika Bersih 4 berlangsung jelas kehadiran orang Islam juga sangat ramai. Dalam isu pijak gambar ia adalah insiden terpencil dalam himpunan tersebut, jika insiden terpencil ini mendapat respon melampau bagaimana dengan insiden pijak gambar yang jelas dirancang ? Mengapa kita diam.

gambar pimpinan pembangkang dikotorkan dengan darah ayam
gambar Anwar Ibrahim di pihak dan gambar Khalid Samad dipijak di kawasan masjid
gambar pemimpin pembangkang dihina dengan imej binatang dan ‘dikencing’

7. Melayu tercicir ia amat betul tetapi ia bukan salah orang cina. Malaysia di pimpin oleh pemimpin Umno sekian lama dari kerajaan pusat mahupun negeri, tetapi pemimpin Umno inilah yang menggadai dan menutup mata terhadap kehilangan hak Melayu. Malah tak keterlaluan pemimpin melayu Umno inilah yang mengambil perbagai peluang atas nama bumiputera Melayu dan kemudian mengambil jalan singkat kekayaan dengan ali baba kan kepada kapitalis bukan Melayu. Juga harus di ingat ia kesalahan kitalah yang selama ini terus mengundi Umno atas nama Melayu kononya tanpa sedar hakikat sebenar Melayu jadi begini kerana Umno itu sendiri gagal. Adakah dengan himpunan menjerit hidup melayu dengan mengancam kaum lain (dalam himpunan didalangi Umno) dapat membela Melayu itu?

8. che’GuBard yakin PSSCM yang mengakui sebagai penganjur itu sedikit dikelirukan. Jika ia semata untuk ‘mendepani’ kekuatan BERSIH atas nama Melayu maka SAMM bersedia mempertemukan penganjur himpunan Merah iaitu PSSM mahupun PESAKA sendiri dengan jawatankuasa BERSIH untuk dialog demi menjernihkan kekeliruan.

ketua bahagian Umno antara yang mula umumkan
himpunan merah 16 Sept.

9. Himpunan perkauman berbaju merah ini, Umno tidak boleh cuci tangan. Mesyuarat di mana PSSCM dinamakan sebagai penganjur juga dibuat di bangunan Umno. PSSCM hanya diumum penganjur setelah Umno takut impak negatif himpunan terpalit terus kepadanya. PSSCM diumum penganjur setelah semua bahan mobilisasi berlangsung.

10. Najib Razak selepas mesyuarat jawatankuasa pusat Umno semalam mengumumkan Umno tidak terlibat ialah bohong. Jika apa berlaku Umnolah bertanggungjawab. Ia dimulakan oleh pemimpin Umno. Ada bukti mobilisasi Umno di perbagai peringkat. Malah baju merah tema himpunan turut diedar di PWTC.

11. Kepada semua yakinlah himpunan ini pasti tidak mampu menyaingi himpunan BERSIH 4 dari jumlah bilangannya. Maka satu satu jalan untuk mengalih isu ialah kekecohan. Maka elakkan termakan umpan. Jangan terlibat , kosongkan lokasi tersebut. Duduk dirumah nikmati hari cuti bersama keluarga. Jika berlaku kekecohan maka ia sesama mereka kerana yang lain langsung tidak terlibat. Dari aspek kerugian dan seumpamanya Umno lah yang perlu dipertanggungjawabkan.

perkeliling Umno Melaka mobilisasi dan sedia
‘bantuan’ himpunan perkauman
baju merah di edar di PWTC

12. Najib juga kena ingat, ini idea yang boleh membunuh dia. Ingat PERKASA dan sebuah majlis gabungan ayahanda telah umumkan tuntutan undur Najib, himpunan ini boleh saja digunakan bagi tujuan tersebut dan jika berlaku kekecohan maka ia akan jadi kejadian kuat bagi mendesak PM undur. Tidak boleh dielak juga kemungkinan, Mahathir juga akan menggunakan himpunan ini bagi agenda menjatuhkan Najib bagi melantik PM yang mampu terus menjadi bonekanya. Maka Mahathir akan kekal hero disebalik kunging dan merah.

Sekian ;

che’GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.