Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

SAMM Seru Hartal Sebagai Tanda Menolak Hegemosi Rasis

Submitted by on September 15, 2015 – 7:07 PMNo Comment

1748268934_db48b5ab4f_o

Kenyataan Umum

15 September 2015

SAMM Seru Hartal Sebagai Tanda Menolak Hegemosi Rasis

Secara asasnya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong sebarang bentuk perhimpunan yang ingin dilakukan oleh rakyat Negara ini sebagai satu proses menjalankan hak demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, dalam masa yang sama juga SAMM menolak sebarang bentuk perlakuan yang bertujuan untuk mencetuskan provokasi atau ketegangan antara etnik sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Perhimpunan “Baju Merah” yang dijadualkan akan diadakan pada 16 September 2015 ini kelihatan seperti tidak mempunyai tujuan atau maksud sebenar yang khusus. Sebaliknya telah bertukar berkali-kali cuma yang jelas terpancar adalah perhimpunan tersebut membawa slogan ke arah mencetuskan provokasi dan ketegangan antara etnik semata-mata.

68 tahun yang lepas, pada tarikh 20 Oktober 1947, rakyat Malaya telah menggunakan kekuatan demokrasi dan kesepaduan untuk melancarkan Hartal atau mogok umum yang melibatkan pemboikotan bekerja dan melakukan urusan harian sepenuhnya. Hartal juga adalah salah satu bentuk “civil disobedient” yang dilakukan untuk menuntut sesuatu perkara ataupun membantah satu perkara.

Oleh kerana itu, SAMM sememangnya menyambut baik hasrat komuniti peniaga Cina di Jalan Petaling dan Bukit Bintang untuk tidak beroperasi pada hari esok. SAMM juga menyeru semua peniaga dan orang awam yang tidak menyokong perhimpunan ini untuk turut mengadakan hartal di seluruh Kuala Lumpur esok bagi mengelakkan berlakunya insiden tidak diingini yang mungkin boleh menggugat keharmonian hidup bermasyarakat ini.

Dalam menghadapi krisis politik dan ekonomi hari ini, sudah pastilah kad pergeseran etnik dan agama menjadi pilihan rejim-rejim tirani untuk mengekalkan kuasa mereka. Rakyat harus bijak dan tidak terperangkap dengan permainan provokasi perkauman ini. SAMM juga menyeru agar ulangtahun ke 52 penubuhan Persekutuan Malaysia ini disambut dengan menghidupkan kembali Semangat Hartal agar perjuangan untuk menuntut demokrasi sejati dan menghentikan anasir perkauman di tanahair ini akan berjaya suatu hari nanti.

Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.