Home » All Post, Headlines, SAMM

SANGAT KECEWA DENGAN KEJADIAN JEREBU MENJADI ACARA TAHUNAN

Submitted by on September 18, 2015 – 4:07 PMNo Comment

MEMORANDUM BERKENAAN KEJADIAN JEREBU YANG SERING BERULANG

18 September 2015

Yang Dihormati Bapak Jokowi
Presiden Indonesia

Dihantar melalui,

Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur (Embassy of the Republic of Indonesia Kuala Lumpur)
No. 233 Jalan Tun Razak, WP KL 5040.

Yg Dihormati Bapak Presiden Indonesia,

SANGAT KECEWA DENGAN KEJADIAN JEREBU MENJADI ACARA TAHUNAN.

Kami Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berserta sekutu – sekutu gerakan anak muda di Malaysia ingin melahirkan rasa kecewa yang amat sangat ekoran kejadian atau fenomena jerebu yang menjadi acara tahunan dan tahun ini ia semakin memburuk.

Kami ingin menyatakan bahawa masalah jerebu telah membawa impak negatif kepada ekonomi negeri ini dan menjejaskan produktiviti sektor perindustrian, pelancongan, pertanian, perikanan dan aktiviti komersial yang lain.

Kami juga ingin menyampaikan keprihatinan rakyat ke atas impak jerebu kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat kami di seluruh Malaysia. Sekolah juga ditutup dan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan.

Kami menuntut pihak pemerintahan Negara Indonesia mengatasi masalah jerebu yang melanda negeri kami hampir setiap tahun dan pada kali ini kesannya amatlah membimbangkan.

Kami menolak jawapan klise iaitu tindakan yang diambil diucapkan berulang kali setiap kali jerebu. Jika tindakan diambil dan Indonesia serius pasti masalah ini tidak akan berulang setiap tahun. Sepatutnya modus operasi kapitalis rakus yang membakar hutan atau pembakaran hutan kerana pembukaan kebun secara tradisional sudah boleh diatasi jika ia dibuat secara serius.

Kami memandang berat bahawa ada dakwaan ke atas syarikat perladangan milikan Malaysia bertanggungjawab atas tindakan membakar ladang-ladang yang mencetuskan masalah jerebu. Namun kami tidak menolak kewujudan syarikat berkepentingan Malaysia atau rakyat Malaysia. Kami mahukan ia didedahkan dan kami pasti tidak teragak – agak untuk mengambil tindakan undang – undang dan hukuman sosial ke atas syarikat dan individu terbabit.

Kepada kerajaan Malaysia juga diminta serius menangani perkara ini. Rakyat sudah muak setiap kali berlaku jerebu dan skrip biasa diulang iaitu adanya perbincangan, adanya tindakan bersama, adanya MOU tetapi sehingga kini hasilnya tiada malah keadaan semakin memburuk.

SAMM menjemput gerakan sivil Indonesia untuk kita adakan kerjasama peringkat masyarakat sivil juga kerana kes jerebu saban tahun ini juga perlu dilihat sebagai kegagalan pemerintah negara masing – masing di rantau ini untuk bertegas kepada kapitalis yang rakus memperkosa alam. Pemodal kaya, penguasa terus di takhta tetapi rakyat sengsara. Ayuh masyarakat sivil ASEAN bersatu menangani masalah bersama.

Dihantar Oleh,
Megat Khairul Anuar
Penyelaras SAMM

Email: [email protected]

Bagi Pihak: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Email: [email protected]
Web fb Alamat: https://m.facebook.com/SAMMKebangsaan
Twitter: SAMMalaysia

SAMM Kedutaan Indonesia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.