Home » Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Kenaikan Kadar Tol Melampau Bukti BN Mungkir Janji

Submitted by on October 13, 2015 – 4:09 PMNo Comment

Kenyataan Umum
13 Oktober 2015

Kenaikan Kadar Tol Melampau Bukti BN Mungkir Janji

Pemikir Muda SAMM melihat kenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober 2015 ini adalah sangat drastik dan melampau. Tindakan Kerajaan membenarkan kenaikan ini adalah sangat tidak peka dengan tekanan dan bebanan sara hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat.

Tindakan ini juga menyerlahkan sikap Kerajaan BN yang tidak amanah dan tidak menepati akujanji yang telah dibuat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu. Dalam perkara 6 AkuJanji tersebut – Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Tranformasi Luar Bandar, Barisan Nasional telah memuatkan akujanji Mengurangkan Bayaran Tol Antara Bandar Secara Berperingkat.

Alasan yang dikemukakan oleh Kementerian Kerja Raya bahawa wang pampasan yang dibayar kepada konsesi lebuhraya kini boleh digunakan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan, lebih banyak sekolah dan sebagainya juga merupakan satu alasan yang tipikal. Pemerintah BN bukan tidak tahu mengenai syarat bayaran pampasan ini tetapi mengapa membuat akujanji tersebut sebelum ini dan memungkirinya sekarang?

Pemikir Muda SAMM juga amat kecewa dengan Kerajaan Pemerintah yang terus menerus lemah dalam berhadapan dengan pemegang konsesi lebuhraya. Kerajaan Pemerintah tidak mampu untuk mengadakan rundingan atau semakan semula perjanjian konsesi sebaliknya mengambil jalan mudah menekan kocek rakyat.

Semenjak zaman Mahathir lagi, perjanjian konsesi lebuhraya ini tidak pernah menguntungkan rakyat. Rakyat terus terbeban dengan kenaikan kadar tol di saat ada syarikat konsesi yang telah meraih untung berlipat kali ganda. Pemikir Muda SAMM mencabar Najib untuk mendedahkan semua konsesi tol ini.

Pemikir Muda SAMM juga gusar dengan situasi Kerajaan yang sering tunduk menyerah kepada syarikat konsesi tol ini dan bagaimana pula nanti dengan syarikat-syarikat gergasi dunia yang akan menerobos negara sebaik sahaja TPPA ditandatangani.

Dalam perkembangan yang sama, Pemikir Muda SAMM juga sangat kecewa dengan tindakan Selangor yang memberikan kebenaran kepada syarikat konsesi untuk memulakan kerja pembinaan lebuhraya EKVE. Seharusnya sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Negeri tidak sekadar bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat dan menjana pembangunan tetapi perlu untuk memikirkan kesan pembangunan terhadap alam sekitar. Satu projek pembangunan perlu menitikberatkan usaha menjaga kelestarian alam bukannya menghancurkan hutan-hutan simpan.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.