Home » Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Memorandum Sokongan Berkenaan Fatwa Penggunaan Pembesar Suara Masjid Dan Surau

Submitted by on October 2, 2015 – 11:37 AMNo Comment

12063322_1050442534975553_3106840533648899571_n

2 Oktober 2015

Memorandum kepada

o Kerajaan Negeri Pulau Pinang

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang
Tingkat 28 Komtar
10503 Pulau Pinang

o Exco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang

YB Dato Haji Abdul Malik Abul Kassim
Tingkat 53 Komtar
10503 Pulau Pinang

o Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Tingkat 45, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang, Malaysia

Sahibus Samaah Datuk Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

MEMORANDUM SOKONGAN BERKENAAN FATWA PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA MASJID DAN SURAU

1. Dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang dan sekutu menyatakan sokongan ke atas keputusan Mesyuarat Jawatatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (Bil.4/2015) berkenaan penggunaan pembesar suara di Masjid dan surau. Kami mengajak rakyat keseluruhanya menghormati keputusan dan ‘indipendensi’ Majlis Fatwa Pulau Pinang. Kami mengutuk segelintir pihak khususnya yang didokong parti pembangkang di Pulau Pinang yang cuba menghasut rakyat agar membenci Kerajaan Negeri dan menggambarkan seolah Jabatan Mufti ialah kuda tunggangan yang hanya mengikut arahan. Mereka secara sengaja juga menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

2. Untuk pengetahuan semua Jabatan Mufti Pulau Pinang merupakan satu jawatankuasa yang mandiri dibawah seliaan dan mandat DYYM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong berdasarkan enekmen 44 Pulau Pinang. Malah lantikan Mufti dan Timbalan Mufti hanya boleh dibuat oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan agong. Sebarang keputusan untuk dijadikan fatwa atau diwartakan perlu melalui 7 proses secara khusus dan hanya diwartakan setelah diperkenankan secara khusus oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Begitu juga berkenaan Majlis Agama dan seumpamanya kerana bagi Pulau Pinang kedudukan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ia terletak terus dibawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

3. Begitulah juga berkenaan isu penggunaan pembesar suara di Masjid dan surau,Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas, berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas. Ia bukan keputusan politik yang dibawah pengaruh kerajaan negeri. Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu jelas menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya. Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.Namun perlu juga difahami keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.

4. Malangnya mereka yang diyakini didalangi parti pembangkang di Pulau Pinang seperti biasa mempolitikkan isu ini termasuk sehingga membakar sentimen perkauman. Tersebar di media sosial mereka yang aktif menyokong pembangkang pulau pinang bukan sahaja menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Jabatan Mufti P.Pinang malah mereka membakar sentimen perkauman dan sentimen agama agar rakyat bergaduh.

5. Untuk makluman semua khususnya pembangkang negeri pulau pinang Jawatankuasa Fatwa negeri perlis sejak april 2007 dalam garis panduan masjid negeri perlis telah memasukkan klausa “tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan selain azan dengan kuat sebelum dan selepas. Malah Dr. Juanda (ketika menyandang jawatan mufti) dengan tegas pernah menyatakan ini menepati kehendak sunnah yang patut diikuti oleh semua orang yang mengaku mencintai Nabi SAW. Dalam kenyataan yang sama beliau juga menegaskan sesiapa yang mempertikaikan adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam islam.

6. SAMM memandang berat penyalah gunaan isu agama dan kaum ini khususnya di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun ancaman terhadap Islam dan Melayu dilihat serius. SAMM dengan ini mengumumkan akan menganjurkan sidang meja bulat dengan mengajak semua organisasi masyarakat termasuk wakil pembangkang di Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri sekali bagi membincangkan soal kepentingan Melayu dan Islam di Pulau Pinang. SAMM berharap semua pihak mempunyai keberanian untuk duduk di meja membincangkan perkara ini dan bukan sahaja berani melalak di tepi jalan mahupun pentas ceramah semata.

7. Akhir sekali memorandum ini dirumuskan sebagai menyokong indenpendisi dan kemandirian Jabatan Mufti Pulau Pinang dan mengecam tindakan mempolitikkan isu agama dan kaum yang tidak kesudahan serta SAMM akan memulakan langkah menarik semua ke meja rundingan berkenaan isu Melayu dan Islam ini.

Sekian dan t.kasih

Aidil Ibrahim
Penyelaras Samm Negeri Pulau Pinang.

Organisasi yang turut bersama,

Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa Koordinator Lang-Gar!
Ketua AMK Bukit Mertajam

Azizan Bin Salleh
Pengerusi GVAT P.Pinang (Gabungan Veteran Angkatan Tentera Pulau Pinang)
Pengerusi Amanah Bayan Baru

Saifullah
Wakil Parti Amanah Negara Pulau Pinang
Zulfazdli Md Noordin
Unit Ehsan Pulau Pinang

Nurul Ilfiq
Anak Muda Bangkit Pulau Pinang

Sulaiman Ibrahim
Panglima Malaysia

Ahmad Nawawi Idris
Pertubuhan Anak Pulau Pinang

Zainulfaqar Yaacob
Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang

Mohd Edy Bin Jab
Skuad keADILan Pulau Pinang

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.