Home » All Post, Headlines, SAMM

SAMM mengajak mangsa Jerebu saman kerajaan Indonesia dan syarikat terlibat

Submitted by on October 10, 2015 – 12:01 PMNo Comment

Kenyataan Media

9 Oktober 2015

SAMM mengajak mangsa Jerebu saman kerajaan Indonesia dan syarikat terlibat

1. Jerebu sudah menjadi acara tahunan di rantau ini dan ia menjejaskan bukan sahaja telah membawa impak negatif kepada ekonomi negeri ini dan menjejaskan produktiviti sektor perindustrian, pelancongan, pertanian, perikanan dan aktiviti komersial yang lain negara malah turut menjejaskan ekonomi dan kesihatan rakyat itu sendiri.

2. Pada 18 September lepas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menghantar memorandum ke Presiden Indonesia, Bapak Joko Widodo atau lebih dikenali dengan Jokowi (melalui Kedutaan Indonesia di Malaysia) mengenai kejadian jerebu yang berulang. Bagi kami Indonesia tidak serius terhadap kejadian yang berulang saban tahun sejak tahun 90 an lagi. Tindakan SAMM dan beberapa NGO menghantar memorandum itu telah mendapat liputan luas media Indonesia dan mendapat sokongan beberapa NGO Indonesia. (sila klik untuk membaca memorandum penuh)

3. Kami menolak jawapan klise iaitu tindakan yang diambil diucapkan berulang kali setiap kali jerebu. Jika tindakan diambil dan Indonesia serius pasti masalah ini tidak akan berulang setiap tahun. Sepatutnya modus operasi kapitalis rakus yang membakar hutan atau pembakaran hutan kerana pembukaan kebun secara tradisional sudah boleh diatasi jika ia dibuat secara serius.

Kami memandang berat bahawa ada dakwaan ke atas syarikat perladangan milikan Malaysia bertanggungjawab atas tindakan membakar ladang-ladang yang mencetuskan masalah jerebu. Namun kami tidak menolak kewujudan syarikat berkepentingan Malaysia atau rakyat Malaysia. SAMM mahukan ia didedahkan dan kami pasti tidak teragak – agak untuk mengambil tindakan undang – undang dan hukuman sosial ke atas syarikat dan individu terbabit. Namun saban tahun alasan itu diulang tetapi tidak ada pendedahan atau tindakan serius. Tindakan saman ini bukan sahaja untuk membela dan mendapatkan pampasan bagi mangsa, mendesak tindakan serius menghentikan acara tahunan ini malah dapat membongkar siapa watak kapitalis rakus disebalik acara tahunan ini.

4. SAMM juga tidak berselindung kecewa dengan tindakan lembab kerajaan Malaysia dalam perihal ini. Untuk itu SAMM bersama beberapa sekutu dan aktivis sudah melakukan beberapa perbincangan ke arah satu tindakan undang – undang diambil dengan menumpukan mangsa yang terjejas kesihatannya kerana jerebu ini.

5. ia diperingkat serius perbincangan dengan sekumpulan pengamal undang – undang untuk melihat ruang yang ada. SAMM meminta untuk sesiapa yang dimasukkan ke wad dan mempunyai laporan perubatan dengan menyatakan kesihatan terjejas kerana jerebu tampil untuk berkongsi maklumat bagi membantu perbincangan ke arah tindakan perundangan ini.

6. SAMM memohon untuk sesiapa yang dimasukkan wad dan doktor boleh mengesahkan kesihatan terjejas kerana jerubu. Mohon emailkan atau whats app kan detail seperti nama, alamat, no kad pengenalan, tarikh dimasukkan ke wad dan hospital mana. hantar detail anda ke whats app 01118685019 atau [email protected]

Sekian.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

jerebu

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.