Home » Headlines, Johor, Kenyataan Media

Skim Perumahan Sewa-Beli Negeri Johor

Submitted by on October 28, 2015 – 12:31 PMNo Comment

samm rumah

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor

Kenyataan Umum

27 Oktober 2015

Skim Perumahan Sewa-Beli Negeri Johor

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor telah mengutarakan cadangan dan desakan kepada Kerajaan Negeri Johor berhubung dengan skim perumahan sewa-beli untuk memenuhi keperluan dan menyediakan lebih banyak peluang kepada anak-anak muda Johor memiliki rumah impian mereka.

Cadangan ini pertama kali disampaikan oleh Pemikir Muda SAMM melalui surat kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri Johor pada bulan Oktober 2014. Rujuk http://anakmudamalaysia.com/2014/10/manfaatkan-kompleks-perumahan-kerajaan-yang-terbiar/.

Untuk rekod, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara telah mengutuskan surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang menyambut baik cadangan di atas dan meminta Kerajaan Negeri Johor untuk memperhalusi cadangan tersebut. Rujuk gambar yang dilampirkan.

Desakan dan cadangan ini kemudiannya diteruskan lagi dalam Kertas Cadangan SAMM Johor Untuk Dikemukakan Di Dalam Bajet Johor 2015. Rujuk https://pkmsamm.wordpress.com/2014/11/12/cadangan-samm-johor-untuk-dikemukakan-di-dalam-bajet-2015-kerajaan-negeri-johor/

Hampir setahun SAMM Johor mengutarakan cadangan dan desakan ini, akhirnya pada 25 Oktober 2015, Menteri Besar Johor telah merasmikan Skim Perumahan Sewa-Beli MAIJ yang memberikan peluang kepada rakyat Johor untuk membeli rumah melalui Skim sewa beli dengan bayaran bulanan sebanyak RM 218 bagi tempoh 20 tahun.

SAMM Johor gembira dengan perkembangan ini dan berpandangan skim sewa-beli ini akan dapat membantu lebih ramai anak-anak muda Johor untuk memiliki rumah sendiri terutamanya kepada anak-anak muda yang baru mendirikan rumahtangga dan berpendapatan sederhana-rendah.

SAMM Johor akan terus meneroka ruang untuk membawa suara anak muda Johor agar terus di dengari oleh Kerajaan Negeri Johor khususnya dan Kerajaan Persekutuan amnya demi kesejahteraan dan kelestarian kehidupan anak-anak Johor.

Hadzril Ridzal Husin

Penyelaras SAMM Johor

img_5641img_5640

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.