Home » Headlines, Kenyataan Media, SAMM

SAMM Kecam Insiden Serangan Paris

Submitted by on November 14, 2015 – 10:41 AMNo Comment

Kenyataan Umum
14 November 2015

#PrayForParis – SAMM Kecam Insiden Serangan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal dan mengutuk insiden serangan di kota Paris, Peranchis yang mengakibatkan ratusan orang awam terbunuh. SAMM mengucapkan takziah kepada seluruh kaum keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera dalam insiden tersebut.

SAMM menggesa dunia untuk menilai semula sikap terhadap masyarakat Islam di seluruh pelusuk dunia pasca 9/11. Gerakan-gerakan Islamophobia yang subur selepas itu akhirnya telah mengheret reaksi ganas daripada sekelompok Muslim walaupun Islam sememangnya menolak kekerasan dan keganasan.

Peranchis sendiri berdepan dengan keadaan institusi kerajaan yang tidak kondusif bagi masyarakat Muslimnya. Bukanlah satu rahsia bagaimana masyarakat Muslim di sana di layan seperti Alien sedangkan Peranchis merupakan negara antara yang teramai Muslim di Eropah. Sepatutnya Peranchis meneroka jalan perdamaian, persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyatnya selepas sahaja insiden Charlie Hebdo berlaku awal tahun ini.

Dalam perkembangan yang sama, Amerika Syarikat juga mempunyai peranan dalam membenihkan gejala pengganas di seluruh dunia. Amerika Syarikat adalah punca tertubuhnya tentera-tentera mujahidin hanya untuk memenuhi keinginan Amerika Syarikat meruntuhkan Kesatuan Soviet dan menguasai dunia. Kini, dunia terpaksa berdepan dengan kesan dahsyat dosa-dosa Amerika Syarikat ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan seluruh dunia harus berhenti sejenak, merenung kembali dan mencari jalan untuk menghentikan semua kegilaan ini. Sama ada Islamophobia mahupun reaksi ganas Muslim, ia harus dihentikan segera. Kita perlu mengembalikan keamanan dan keharmonian, dan menyebarluaskan kasih sayang antara satu sama lain, bukannya kebencian dan prejudis.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.