Home » Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Isu YAPEIM : Malaysia Sudah Terlalu Sakit

Submitted by on November 13, 2015 – 2:32 AMNo Comment

12219632_1216697328344281_1721267017662717193_nKenyataan Umum
13 November 2015

Isu YAPEIM : Malaysia Sudah Terlalu Sakit

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sangat terkejut dengan pendedahan berkaitan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Pembayaran gaji dan elaun bulanan beberapa individu mencecah RM 154,700.00 sebulan yang tidak termasuk manfaat-manfaat yang lain.

SAMM merasakan ini adalah pengkhianatan dan jenayah pecah amanah yang besar dan tidak sewajarnya didiamkan begitu sahaja. Ramai rakyat khususnya orang Islam memberikan sumbangan atau derma kepada YaPEIM agar sumbangan terkumpul itu dapat memberikan manfaat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Islam yang susah.

Isu YaPEIM ini menyerlahkan keadaan sistem urustadbir Malaysia yang semakin nazak dan menuju kehancuran. Institusi pembangunan ekonomi rakyat bertukar menjadi lubuk untuk manusia-manusia berhati syaitan merompak dan mengumpul kekayaan.

Lebih dikesali apabila Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) juga menjadi tempat untuk Menteri melampiaskan nafsu serakah untuk bermain golf dan membeli belah di Amerika Syarikat. Seorang Menteri yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat tetapi telah bertukar menjadi pemangsa yang melahap segala peruntukan dan sumbangan sehingga tidak lagi mempedulikan anak yatim/miskin.

Dengan ini, SAMM menggesa kerajaan melalui sprm perlu melakukan siasatan dengan cepat dan telus agar institusi yang berkaitan agama ini tidak terpalit dan di pandang serong oleh masyarakat.

Ekoran hal ini, SAMM sentiasa menggesa agar satu pembaharuan atau baikpulih sistem urustadbir dilakukan segera bagi mengelakkan negara ini terjerumus ke dalam keadaan yang lebih dahsyat lagi. Semua pihak terutama parti politik di luar Barisan Nasional perlu mempunyai iltizam politik yang tinggi untuk melaksanakan proses membaikpulih sistem bernegara ini

Sekian,

Hj Osama
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.