Home » Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Memorandum kepada Kementerian Kesihatan Malaysia oleh SAMM dan VM

Submitted by on November 13, 2015 – 12:24 PMNo Comment

11168149_1068481776504962_3842586270749142496_nKenyataan Media

13 Nov 2015

Memorandum kepada Kementerian Kesihatan Malaysia oleh SAMM dan VM

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Vapor Malaya (VM) telah mengadakan kolaberasi bagi mewakili suara-suara bawahan komuniti vape yang berada di Malaysia. Serangan demi serangan telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tanpa mengira sensitiviti komuniti vape di Malaysia.

Oleh itu sebuah memorandum khas telah dibuat bagi menyuarakan bantahan-bantahan keatas isu ini dan turut disertakan beberapa tuntutan kepada KKM bagi mencapai kata putus yang adil dan saksama.

Antara perkara-perkara yang dituntut oleh kolaberasi ini adalah :

  1. Menuntut KKM menghentikan segala bentuk serangan keatas komuniti vape ini.
  2. Menuntut permohonan maaf secara terbuka dan umum dari KKM bagi memulihkan semula imej komuniti vape.
  3. Mendesak KKM menyediakan saluran yang betul kepada kesemua peniaga vape bagi menepati piawaian yang sewajarnya.
  4. Menolak cadangan KKM untuk hanya membenarkan penjualan cecair perasa vape ataupun flavor di farmasi yang sah atau badan perubatan yang dipercayai.
  5. Menuntut supaya segala barangan yang dirampas dari premis-premis perniagaan vape dipulangkan semula dalam keadaan elok dan sempurna.
  6. Mendesak agar pihak KKM mengeluarkan regulasi garis panduan rasmi kepada semua pengusaha vape.
  7. Menjemput KKM untuk hadir ke satu program FORUM ISU VAPE di MALAYSIA anjuran SAMM

Memorandum ini perlu dihantar supaya ianya dapat menyelesaikan kemelut yang melanda komuniti vape yang dimulakan oleh pihak KKM sendiri. KKM secara jelas telah bertindak terburu-buru dan angkuh hingga membelakangkan keputusan mesyuarat kabinet yang tidak mengharamkan pengguanaan vape di Malaysia.

Selain itu sikap prejudis KKM dalam menentang vape dilihat sebagai satu diskriminasi kepada komuniti vape kerana membelakangkan fakta bahawa rokok dan arak adalah lebih merbahaya daripada vape.

Selain itu kami di SAMM dan VM ingin menjemput semua untuk menghadiri ke PROGRAM FORUM ISU VAPE DI MALAYSIA.

FORUM ISU VAPE DI MALAYSIA

Tarikh : 21 Nov 2015

Masa : 9.00 pm

Lokasi : PAGER SAMM, Oakland Commercial Centre II, Seremban

12219394_1068481666504973_883229347287480515_n

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.