Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

JPA Tidak Sepatutnya Menggantung Pemberian Biasiswa Pendidikan

Submitted by on January 21, 2016 – 12:09 PMNo Comment

Pemikir Muda SAMM
Kenyataan Umum
21 Januari 2016

JPA Tidak Sepatutnya Menggantung Pemberian Biasiswa Pendidikan

jpa 1Pemikir Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sangat terkejut dengan laporan berita bahawa Putrajaya telah menggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kursus ijazah dan bursari Kementerian Pendidikan bagi program pra-universiti. JPA dan rejim Pemerintah perlu memikirkan dan menarik semula keputusan ini.

Memahami situasi negara berada di dalam ketidaktentuan ekonomi dan kejatuhan hasil pendapatan, memang penting untuk satu langkah drastik penjimatan perbelanjaan dilakukan. Akan tetapi, rejim Pemerintah tidak sepatutnya memotong perbelanjaan perkara-perkara asas seperti pendidikan dan kesihatan. Langkah JPA ini akan menyebabkan ramai anak-anak Malaysia terutamanya dari keluarga kurang berkemampuan yang mendapat keputusan cemerlang tidak dapat meneruskan pengajian di universiti sama ada di dalam atau di luar negara.
jpa 2

Mengapakah rejim Pemerintah sanggup mengambil keputusan untuk mengorbankan pembangunan modal insan negara? Dalam Belanjawan 2016, Kementerian Pendidikan Tinggi telah pun mengalami penurunan peruntukan tahun sebanyak RM 2.6 Billion dan ditambah lagi dengan keputusan JPA ini, apakah rejim Pemerintah tidak nampak kesannya terhadap pewaris masa depan negara ini nanti? Biasiswa JPA pula hanya melibatkan sejumlah RM 1.65 bilion daripada keseluruhan Belanjawan 2016. Ia bukanlah satu angka yang banyak.

Inilah sebenarnya kebimbangan Pemikir Muda SAMM menjelang pengumuman pengubahsuaian Belanjawan 2016 yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri hujung bulan nanti. Rejim Pemerintah terus kekal berada di dalam keadaan penafian dan tidak tahu keutamaan yang harus ditumpukan dalam menguruskan perbendaharaan negara.
jpa 3

Rejim Pemerintah sepatutnya menangani ketirisan, rasuah dan salah urus tadbir yang sangat berleluasa sekarang ini. Melakukan pelan rasionalisasi Jabatan Perdana Menteri  yang mempunyai terlalu ramai Menteri dan agensi malahan ada agensi yang mempunyai bidangkuasa dan tanggunjawab yang sama atau hampir sama.

Perdana Menteri juga perlu melihat kepada saiz Kabinetnya yang terlampau besar untuk sejumlah 30 juta orang penduduk Malaysia. Begitu juga Perdana Menteri sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk melakukan sedikit pengorbanan kepada negara dengan memberhentikan 9 orang Penasihatnya yang bertaraf Menteri.

jpa 4

Dalam menghadapi kecelaruan ekonomi ini, rejim Pemerintah juga perlu memansuhkan program-program dan agensi-agensi yang tidak diperlukan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Biro Tatanegara, TalentCorp, Pemandu, Bahagian PERMATA dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Rejim Pemerintah juga boleh memotong sebahagian peruntukan Razak School of Government (RSOG). Pemansuhan ini boleh membantu sedikit sebanyak memberikan ruang tambahan dana supaya JPA dapat meneruskan pemberian biasiswa pendidikan kepada pelajar cemerlang.

Pemikir Muda SAMM amatlah berharap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan tidak mempergunakan alasan ketidaktentuan ekonomi untuk memotong peruntukan perkara-perkara asas seperti kesihatan dan pendidikan dalam pengubahsuaian Belanjawan 2016 nanti.

Sekian,

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.