Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

SAMM Sokong Dan Turut Serta Himpunan #BantahTPPA

Submitted by on January 19, 2016 – 9:30 AMNo Comment

  

Solidariti Anak Muda Malaysia19 Januari 2016

SAMM Sokong Dan Turut Serta Himpunan #BantahTPPA



Selaras dengan 13 Pendiri SAMM iaitu Melawan Neo-Liberal, Kapitalisme, Feudalisme dan Imperialisme, sudah pastilah SAMM tidak akan sesekali bersetuju dengan rancangan Pemerintah untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). SAMM juga semenjak awal lagi telah pun terlibat dalam kempen membantah perjanjian TPPA ini termasuklah roadshow Bantah TPPA di seluruh negara pada tahun 2013. 

Ramai penyelidik dan penganalisis ekonomi tempatan dan antarabangsa telah pun mengeluarkan pandangan akan kesangsian mereka terhadap TPPA ini. Malah, kajian PriceWaterHouse Coopers (PwC) yang dilantik sendiri oleh Pemerintah juga menunjukkan manfaat ekonomi yang amat sedikit bakal diperolehi oleh negara berbanding impak negatif TPPA. 

Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyokong Himpunan #BantahTPPA yang akan diadakan pada 23 Januari 2016 jam 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sehubungan itu, SAMM akan menggerakkan kehadiran aktivis-aktivis dari seluruh pelusuk negara ke Himpunan tersebut. 

SAMM menyeru agar semua pihak yang akan menyertai himpunan ini untuk mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh penganjur termasuklah warna rasmi perhimlunan ini iaitu Hitam. Perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan yang bermotifkan politik kepartian sebaliknya adalah penyatuan dan solidariti setiap anak Malaysia menentang satu perjanjian perkongsian yang akan menyebabkan negara hilang kedaulatan. 

 #BantahTPPA

#JanganJualNegara

Sekian,

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.