Home » All Post, Headlines, SAMM

Ayuh ke Sg Buluh Malam ini, Ada Sesuatu Yang Wajar Dibuktikan Kepada Regim

Submitted by on February 9, 2016 – 7:17 PMNo Comment

Kenyataan Media
9 Februari 2016

Ayuh ke Sg Buluh Malam ini, Ada Sesuatu Yang Wajar Dibuktikan Kepada Regim

Hari ini genap setahun DS Anwar Ibrahim menjadi tahanan politik untuk ke sekian kalinya. Ketika beliau mempunyai pilihan hidup berselang lenang menjaga cucu, namun perjuangan demi rakyat tetap menjadi pilihan yang akhirnya tersembam ke jerijil besi.

Setahun ketiadaan Anwar di teras arena politik tanahair menyaksikan perbezaan yang ketara – regim bagaikan tiada halangan untuk meratah hasil bumi dan hasil mahsul tanahair. Demokrasi terus dimatikan dengan akta hasutan yang menggila, keluhuran undang-undang menjadi sarkas dan bagaikan dijual beli demi pertahan kuasa, manakala rakyat pula terus dipijak dan dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup demi tembolok pemimpin rakus.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan jelas menganggap Anwar Ibrahim sebagai sosok yang pernah menjadi kereta kebal terbaik dalam perjuangan merempuh keampuhan regim pemerintah korup. Selain menjadi faktor kemenangan beberapa negeri, beliau juga ancaman terbesar regim dan perlu dilenyapkan ‘by hook or by crook’. Akhirnya mereka berjaya dan hari ini sedang berpesta membadutkan kita sambil mengumpul kekayaan keturunan dan kroni.

Perlu diingat, kejayaan regim hari ini bukanlah kerana mampu menyumbat Anwar ke penjara, tetapi kejayaan mereka adalah kerana tiada kebangkitan rakyat di atas kekejaman yang dilakukan terhadap Anwar dan juga semua rakyat marhein.

Justeru itu, SAMM mengharapkan kebesaran jiwa dan hati setiap rakyat Malaysia untuk sama-sama hadir bersolidariti di depan penjara Sg Buluh pada jam 8.30 malam ini. Ayuh buktikan masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib seorang Anwar Ibrahim – yang kini selesai membayar ansuran tahun pertama dipenjara akibat dari menghenjut regim dengan sedaya yang beliau ada. Percayalah bahawa kehadiran setiap dari kita pada malam ini akan menghimpun gerun di pihak regim, Ayuh buktikan, sila ambil bahagian.

Anwar bukan sekadar lambang pengikat perpaduan nasional. Bagi SAMM, Anwar juga ialah tokoh perjuangan rakyat Malaysia dan harus dibebaskan segera.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Anwar

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.