Home » All Post, Headlines, SAMM

JIKA SEMUA FOKUS DAN IKHLAS, BARANGKALI ANWAR SUDAH BEBAS

Submitted by on March 15, 2016 – 10:03 AMNo Comment

Tulisan Santai
15 Mac 2016

JIKA SEMUA FOKUS DAN IKHLAS, BARANGKALI ANWAR SUDAH BEBAS

Alhamdulillah dapat khabar DSAI akan dibawa ke hospital tengahari ini untuk dimasukkan ke dalam wad bagi mendapat rawatan.

Jumaat lepas SAMM mendapat maklumat status kesihatan DSAI. Kami bincangkan dalam whats app group SAMM. Lantas satu pelan tindakan dilakar. Semua jaringan SAMM dalam dan luar negara terlibat.

Beberapa strategi “tekanan” yg sangat baru bagi saya diperkenalkan, dari melambakkan faks, pesanan ringkas, panggilan telefon, email sehinggalah menggunakan pihak ke 3 dan beberapa strategi tekanan yang tidak dapat saya kongsikan di sini saya pelajari.

Dan apabila saya yang diberi amanah mengkoordinasikan semua pelan tindakan yang dilakarkan, saya sangat panik kerana saya antara paling bongsu dalam keluarga penyelaras SAMM.

Sasaran kami dalam masa kurang 80jam untuk melihat respon positif untuk DSAI dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan lebih rapi dalam penyeliaan wad. Alhamdulillah semua berjalan lancar tetapi sasaran 80 jam tersasar menjadi 4 hari.

Kami serius kali ini kerana ketika DSAI kesakitan semua tidak pedulikan cuma mereka mengasak Anwar untuk menyokong strategi politik mereka semata -mata.

SAMM bukan anwaris, jauh sekali bukan front PKR. SAMM kecil namun kami nak beritahu kalau fokus kerja dan susun berstrategi bukan sahaja DSAI mampu dibawa ke hospital tetapi untuk pembebasannya juga boleh jadi mampu.

Jika SAMM yang kerdil dan kemampungan kewangan terhad mampu lakukan bayangkan jika gerak kerja “tekanan” ini diterajui oleh Azmin seorang anak emas Anwar yang kini Timbalan Presiden dan MB negeri paling kaya.

Bayangkan kalau jaringan media sosial AMK menumpu kerja membentuk tekanan membela Anwar bukan hanya bercerita soal buah dada exconya maka hasilnya tentu lebih besar dari SAMM yang kerdil.

Bayangkan organisasi sebesar PKR digerakkan sepenuhnya tentu media lebih memberikan sokongan dari SAMM yang kerdil, yang media pun ada kalanya tak berapa ambil peduli apa yang kami suarakan.

Bayangkan jaringan kartel jika bertindak serentak dalam isu Anwar sekurang kurangnya seperti mereka menabur fitnah ke cheGuBard maka impaknya pasti hebat.

Apapun DSAI sudah di wad… kami menanti tindakan selanjutnya oleh kucing – kucing parsi itu.

Tahniah SAMM yang kerdil dan terima kasih kerana mengajar dan memberi peluang kepada saya.

Faisal Zainal
Penyelaras SAMM (paling bongsu)

Klik dan share https://www.facebook.com/faisal.zainal.35/posts/1270462789634761?fref=nf

12119e7e-96d6-4b44-8e14-3d442d39953e

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.