Home » All Post, Headlines, SAMM

Keberanian TMJ Terhadap Tun M Wajar Jadi Iktibar

Submitted by on March 25, 2016 – 10:49 AMNo Comment

Kenyataan Umum
25 Mac 2016

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik kenyataan Tunku Mahkota Johor yang merakamkan sejarah hitam negara – Krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh Mahathir Mohammad pada tahun 1992.

2. Sungguhpun ia satu memoir duka keluarga DiRaja Johor tetapi keberanian TMJ untuk menceritakan pengalaman berhadapan sebuah rejim tirani wajar menjadi satu iktibar untuk kesemua rakyat mengenali siapakah Mahathir sebenarnya. Ia penting agar generasi-generasi baru tidak terpesona dengan lakonan Mahathir ketika ini.

3. Mahathir – seorang diktator tua bukan sahaja seringkali menindas pemimpin dan penyokong oposisi, malah sanggup untuk menyerang institusi DiRaja semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan politiknya. Legasi kehancuran sistem negara yang diwariskan oleh diktator tua ini telah menjadikan Malaysia berada pada tahap yang langsung tidak memberangsangkan sekarang ini.

4. SAMM juga sewaktu di awal kempen #SudahlahMahathir telah pun tampil mempertahankan Almarhum Sultan Iskandar yang difitnah oleh Mahathir memecat Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara pada ketika itu. Mahathir bukanlah watak suci yang layak digelar Negarawan. Mahathir adalah diktator oportunis yang sentiasa hidup dalam ketakutan akan kehilangan kuasa dan kekayaan peribadi.

5. SAMM bukanlah tegar kepada sistem feudal namun SAMM menyeru agar segenap lapisan rakyat untuk mengambil iktibar daripada memoir duka TMJ itu dan menolak untuk menjadi kuda tunggangan Mahathir bagi mencapai kehendak peribadi, keluarga dan kroninya. Rakyat bukan bidak catur Mahathir.

6. Dalam keadaan politik negara termasuk “kekuasaan” yang tidak stabil seharusnya rakyat bangkit menuntut pemulihan sistem dan institusi dilaksanakan. Ini masanya untuk satu desakan ampuh daripada segenap lapisan rakyat agar rejim pemerintah mengembalikan semula semua hak-hak rakyat yang dijamin dalam Demokrasi Berperlembagaan.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

tun m tuduh sultan johor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.